saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/09/2009

RM1 juta pindahkan kuil ke Seksyen 18 Shah Alam

SHAH ALAM 4 Sept. - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menjelaskan, kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) membelanjakan hampir RM1 juta untuk memindahkan tapak kuil Sri Maha Mariaman dari Seksyen 19 ke Seksyen 18 seperti dibincangkan dengan pengurusan kuil sebelum ini.

Beliau berkata, perbelanjaan tersebut melibatkan kerja pembinaan infrastruktur meliputi jalan raya, lampu jalan serta kemudahan elektrik di atas tanah seluas 0.6 hektar di Pesiaran Raja Muda, Seksyen 18 yang merupakan lokasi asal untuk mengalihkan rumah ibadat itu dari Seksyen 19 yang didapati tidak sesuai.

Menurut beliau, walaupun pembinaan infrastruktur telah pun siap pada tahun 2007, namun pembinaan rumah ibadat di kawasan berkenaan tidak dapat dilaksanakan kerana ketika itu ia masih lagi di peringkat perbincangan.

Bagaimanapun, jelas beliau, perbincangan itu terhenti selepas pilihan raya umum lalu sehinggalah kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang memerintah Selangor hari ini menukarkan tapak kuil tersebut ke Seksyen 23.

Ujar beliau, rancangan kerajaan negeri pakatan pembangkang mengenai tapak baru kuil berkenaan didapati telah mencetuskan kemarahan penduduk kawasan itu Seksyen 23 yang membantah keras cadangan berkenaan.

"Kerajaan BN telah memberi tempat sesuai dan selesa untuk membina kuil baru di kawasan Seksyen 18. Malah, kerajaan negeri pada waktu itu habiskan RM600,000 untuk membina infrastruktur di kawasan itu.

"Jumlah berkenaan tidak termasuk nilai tanah terbabit yang boleh menempatkan tujuh lot rumah ibadat bukan Islam masing-masing berkeluasan 10,000 kaki persegi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak asal rancangan pemindahan kuil itu di Pesiaran Raja Muda, Seksyen 18 di sini hari ini.

Turut hadir ialah bekas Exco kerajaan negeri, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin serta bekas Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Salamon Selamat.

Jelas Mohamad Khir lagi, selain tapak tanah di Seksyen 18, kerajaan negeri BN sebelum ini turut menawarkan sebidang lagi tanah di Seksyen 22 untuk tujuan lokasi rumah ibadat masyarakat beragama Hindu itu.

"Selain Seksyen 18, kerajaan negeri ketika ini turut tawarkan sebidang tanah lagi di Seksyen 22 dengan bayaran premium tanah yang rendah sebanyak RM1 setahun. Lepas itu, kita (BN) kalah pilihan raya.

"Jadi, jika ada pihak yang mengatakan BN tidak ambil berat terhadap semua kaum termasuk masyarakat India, ia tidak adil dan satu tuduhan yang tidak berasas.

"Sepatutnya mereka yang mengeluarkan kenyataan itu termasuklah membuat tuduhan dan menyalahkan UMNO dan BN sebagai tidak bertanggungjawab perlu kaji fakta terlebih dahulu," jelasnya.

Tambahnya, masalah bantahan penduduk di Seksyen 23 melibatkan pembinaan kuil ini sebenarnya berpunca daripada tindakan pakatan pembangkang yang suka menabur janji manis tanpa berlandaskan maklumat dan fakta serta kesan yang akan timbul terlebih dahulu.

"Masalah yang timbul sekarang ini kerana kerajaan negeri hari ini telah membuat janji (pada pilihan raya umum lalu). Mereka berjanji akan membina kuil di Seksyen 23 tanpa memikirkan kesan yang akan timbul.

"Keadaan seperti ini samalah dengan kes yang berlaku di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang hari ini.

"Malah, untuk menutup kesalahan dan ketidakmampuan mereka, langkah mudah mereka akan tolak kesalahan itu kepada BN. Mereka kata masalah itu berpunca daripada BN... kalau Selangor bankrap sebab mereka tak pandai urus pun, mereka akan salahkan BN," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Khir ditanya mengenai tindakan penduduk Islam Seksyen 23 yang membawa kepala lembu dalam perhimpunan membantah keputusan kerajaan negeri untuk membina kuil di kawasan mereka berkata, perkara itu tidak ada kena-mengena dengan menghina agama Hindu.

Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu berpendapat, tindakan sedemikian hanyalah menggambarkan kerajaan negeri hari ini membuat keputusan bodoh tanpa membuat perancangan yang teliti sehinggakan menganggu ketenteraman penduduk di Seksyen 23.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.