saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 05/09/2009

Kerajaan lulus pembangunan Taman Teknologi Tinggi Senai

KUALA LUMPUR 4 Sept. - MMC Corporation Bhd. (MMC) telah menerima kelulusan kerajaan untuk membangunkan taman berteknologi tinggi kedua negara yang terletak di Johor.

Menurut kenyataan MMC kepada Bursa Malaysia, anak syarikatnya Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd. telah menerima pemberitahuan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk meneruskan projek pembangunan taman berteknologi tinggi itu.

''Taman tersebut yang merupakan taman teknologi tinggi kedua Malaysia dikenali sebagai Taman Teknologi Tinggi Senai.

''Pembangunan tersebut akan membentuk kawasan yang penting dalam Iskandar Malaysia dan akan dipasarkan di peringkat antarabangsa serta di mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Singapura,'' katanya.

Tambah kenyataan itu, projek taman teknologi tinggi akan menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan.

Sebelum ini, taman teknologi tinggi pertama negara terletak di Kulim, Kedah.

Taman teknologi tinggi itu bertujuan untuk menarik pelaburan industri penerbangan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) termasuk reka bentuk litar integrasi, pembuatan berteknologi tinggi, perubatan bio dan bioteknologi, industri solar serta tenaga boleh baru.

Kemudahan lain termasuk pusat perubatan swasta, sekolah antarabangsa, hotel dan pusat beli belah bebas cukai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.