saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 05/09/2009

RapidKL sedia pencuci kuman

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Mengambil berat terhadap penularan wabak selesema babi (H1N1), Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) telah menyediakan pembersih tangan nyah kuman bagi pengguna di semua 48 stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT).

Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah berkata penyediaan kemudahan itu adalah sebahagian usaha RapidKL untuk mengekang wabak itu daripada merebak.

"Kira-kira 350,000 penumpang LRT di Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang kini boleh menggunakannya secara percuma, dan kemudahan ini disediakan di ruang khas di semua stesen LRT sehingga wabak H1N1 berjaya dikekang," katanya.

Sejak wabak itu menular, RapidKL telah melaksanakan penguatkuasaan pelan kesinambungan perniagaan untuk memastikan operasi tren dan bas tidak terjejas termasuk mewujudkan pasukan petugas dalaman khas untuk mengawasi status keseluruhan H1N1.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.