saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/09/2009

Melayu perlu bersatu

PADANG RENGAS 5 Sept. - Orang Melayu diingatkan supaya bersatu memperjuangkan agama Islam dan mempertahankan institusi raja- raja daripada diperkotak-katikkan pihak tertentu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kegagalan mereka untuk bersatu dalam menjaga hak dan tanggungjawab tersebut akan menyebabkan orang Melayu akhirnya tertindas di bumi sendiri.

"Islam adalah agama dan hak kita, raja-raja adalah warisan kita. Jangan benarkan agama kita diperkotak-katik sama ada oleh orang Islam sendiri atau bukan Islam, kerana itu amat penting untuk kita bersatu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan zakat dan memasak bubur lambuk bagi kawasan Parlimen Padang Rengas dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh di sini hari ini.

Turut hadir ADUN Chenderoh, Datuk Siti Salmah Mat Jusak dan Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya, Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh.

Menurut Mohamed Nazri, tragedi pembunuhan beramai-ramai umat Islam seperti di Tak Bai dan beberapa tempat lain di Thailand wajar dijadikan pengajaran bahawa orang Melayu akan melalui nasib yang sama jika masih enggan bersatu.

"Inilah yang berlaku pada kita jika tidak bersatu. Jika bersatu pun tetapi duduk di dalam negara yang dipimpin oleh orang bukan Islam, inilah juga nasibnya," kata beliau.

Mohamed Nazri berkata, pendekatan songsang parti pembangkang yang mengajar orang Melayu bersikap kurang ajar kepada raja-raja perlu ditolak kerana raja-raja Melayu adalah tonggak agama Islam di sesebuah negeri.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Mohamed Nazri mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berani berdepan dengan proses undang-undang berhubung kes liwat membabitkannya jika benar beliau tidak bersalah.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut didesak menjelaskan kepada umum mengapa peguam belanya, Sulaiman Abdullah menarik diri.

Mohamed Nazri berkata, beliau percaya, perancangan demi perancangan parti pembangkang untuk menghuru-harakan negara ini berkait rapat dengan usaha untuk mengalih pandangan masyarakat daripada kes liwat yang dihadapinya.

Mengulas lanjut tentang sikap pembangkang, katanya, sikap kurang ajar mereka semakin menjadi-jadi disebabkan pentadbiran lembut yang dipraktikkan ketika era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya oleh kumpulan terbabit untuk bertindak melampaui batas sehingga ke tahap mengugat keamanan negara.

Selain bantuan zakat kepada 600 penduduk miskin yang tinggal di dalam Parlimen Padang Rengas, Amanah Raya turut menyumbang sebuah van jenazah untuk kegunaan penduduk di kawasan terbabit secara percuma.

Dalam masa sama, mereka juga membawa pulang bubur lambuk, kurma serta beberapa barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak dan gula.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.