saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/09/2009

MPPP cuba halau peniaga

PULAU PINANG 5 Sept. - Suasana di persiaran kaki lima berdekatan Bazar Chowrasta, Jalan Penang di sini hari ini kecoh gara-gara tindakan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) cuba menghalau para peniaga beroperasi di situ.

Difahamkan, para peniaga di situ sudah berniaga di sepanjang tepi jalan itu setiap kali Ramadan sejak 24 tahun lalu tetapi mula 'diganggu' semenjak kerajaan pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan tahun lalu.

Para peniaga di situ yang pada asalnya mempunyai kira-kira 70 lot gerai kini dikatakan hanya tinggal 30 gerai dalam tempoh tidak sampai dua tahun.

Rata-rata mereka kecewa dengan tindakan kerajaan negeri tidak memberi lesen perniagaan kepada mereka seperti mana yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama 22 tahun sebelum itu.

Menurut Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Bazar, Mohd. Akram Masir Ahmad, beliau bersama para peniaga yang lain kesal terhadap tindakan kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mereka berniaga di situ lagi.

"Kami berniaga di sini sejak 1985. Perniagaan kami di sini tiada masalah sehinggalah kerajaan negeri pakatan pembangkang ambil alih pada tahun 2008.

"Tahun ini mereka tidak memberi kami lesen untuk berniaga. Kalau tak berniaga, macam mana kami nak cari makan. Kami cuma berniaga kecil-kecilan seperti baju Melayu dan baju kurung.

"Kami ada juga meminta Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman dan salah seorang pemimpin negeri, Abdul Malik Kassim melihat mengenai perkara ini tetapi sehingga kini tidak mendapat jawapan," katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita di lokasi kejadian yang turut ditemani Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen Abdul Kader, di sini hari ini.

Pada masa sama, Rizal berkata, pihaknya kecewa terhadap apa yang berlaku terhadap para peniaga Melayu di situ.

Beliau hairan mengapa hanya masyarakat Melayu yang menjadi 'mangsa' sedangkan masyarakat lain 'terselamat.'

"Peniaga Melayu ini bukannya selalu berniaga di kawasan ini, hanya ketika Ramadan sahaja, bukannya menganggu pun. Lagipun, masyarakat negeri ini sudah serasi dengan bazar Ramadan ini, kalau tutup orang Melayu nak beli di mana lagi.

"Apabila bazar ini ditutup, hampir 30 keluarga menerima kesan kerana perniagaan mereka telah tergendala," jelasnya.

Tambah beliau, pihaknya akan memberi sokongan penuh kepada peniaga terbabit dan berharap isu itu berakhir dengan penyelesaian yang baik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.