saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 07/09/2009

Wanita Thai cuba seludup kokain dalam bingkai gambar

07/09/2009 8:29pm

KUALA LUMPUR 7 Sept. — Selepas baju dicelup dengan dadah, kini bingkai gambar digunakan dalam modus operandi baru pengedar dadah antarabangsa bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Taktik ini dikesan apabila polis menahan seorang wanita warga Thai yang cuba membawa keluar dua bingkai gambar yang mengandungi dua kilogram kokain bernilai RM1.7 juta di Perhentian Puduraya di sini Jumaat lepas.

Wanita berumur 22 tahun itu yang mengandung dua bulan dipercayai dijadikan

“keldai dadah” oleh pengedar antarabangsa.

Ketua Bahagian Narkotik, Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur, ACP Kang Chez Chiang berkata, dalam serbuan kira-kira 7.15 malam di kawasan Perhentian Puduraya, wanita itu menaiki sebuah bas ke Hatyai, Thai Selatan.

“Polis merampas dua bingkai gambar yang disyaki mengandungi dadah jenis kokain dengan anggaran bernilai RM1.7 juta. Anggaran berat dadah adalah lebih kurang 2,046 gram,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.