saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 08/09/2009

Jangan ambil mudah H1N1

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menyeru orang ramai supaya tidak mengambil mudah ancaman wabak influenza A (H1N1).

Beliau mengingatkan supaya orang ramai lebih peka tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan mengambil langkah pencegahan membendung penularan H1N1.

"Saya minta agar orang ramai ambil perhatian serius, jangan pandang mudah tentang penjagaan kesihatan diri," katanya.

Beliau berucap demikian pada majlis mengagihkan penutup hidung dan mulut serta sabun pembersih kuman kepada para peniaga dan orang ramai di Pasar Juadah Ramadan Sri Bayu, Ampang di sini semalam.

Program itu bersempena Kempen Mencegah H1N1 peringkat DUN Lembah Jaya anjuran Persatuan Melayu Ampang (PMA).

Pada kempen itu, Ismail dan Presiden PMA, Haslinda Mohd. Zerain mengagihkan penutup hidung dan mulut serta sabun pembasmi kuman kepada orang ramai dan para peniaga sebagai langkah pencegahan mengelak penularan wabak itu.

Dalam pada itu, Ismail berharap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik memberi kerjasama membantu memaklumkan kepada orang ramai tentang pentingnya penjagaan kesihatan diri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.