saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 08/09/2009

15 pakar perubatan dilantik awasi rawatan H1N1

08/09/2009 7:10pm

PETALING JAYA 8 Sept — Kementerian Kesihatan melantik 15 pakar kanan perubatan untuk mengawasi rawatan Influenza A(H1N1) di hospital dalam usaha membendung penularan pandemik itu di negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pakar kanan perubatan itu dilantik minggu lepas dan setiap mereka diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan satu negeri.

Pakar itu dikenali sebagai Jaguh H1N1 diberikan tugas melawat hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) di negeri yang dikendalikan dan memberi nasihat cara-cara memperbaiki rawatan kepada pesakit, katanya kepada pemberita selepas menutup Bengkel Influenza A(H1N1) untuk Pengamal Media di sini hari ini.

Beliau berkata mereka juga akan menemui masyarakat tempatan untuk meningkatkan kesedarannya dan cara-cara untuk membendung pandemik tersebut.

“Mereka adalah pakar kanan yang dihormati oleh pegawainya. Mereka akan pergi ke hospital dan klinik kerajaan dan swasta di negeri berkenaan, melihat keadaan ICU dan menasihatkan doktor dan melihat bagaimana doktor memberikan rawatan paling baik kepada pesakit,” kata beliau.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.