saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/09/2009

Tan Sri Mohamed Yaacob meninggal dunia


Rosmah Mansor hadir di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, menziarahi Allahyarham Mohamed Yaakob yang meninggal dunia, semalam.


KUALA LUMPUR 8 Sept. - Bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob, 85, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC) di sini hari ini, setelah mengalami masalah pernafasan sejak Jumaat lalu.

Allahyarham menghembuskan nafasnya terakhir kira-kira pukul 5.50 pagi di sisi isterinya, Puan Sri Nik Azizah Nik Ahmad dan lima anaknya.

Allahyarham yang mengalami penyakit barah paru-paru sejak setahun lalu sering menjalani rawatan namun kesihatannya merosot tiga hari lalu.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah anak ketiganya, Dr. Idora Mohamed, di Taman Tun Dr. Ismail di sini, sebelum disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa, selepas solat Zuhur.

Jenazah kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira pukul 2.15 petang.

Terdahulu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menziarahi Allahyarham di Masjid At-Taqwa, kira-kira pukul 1 petang.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mustapa Mohamed, bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar, bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar.

Allahyarham mula menceburi bidang politik sejak 1950 dengan menyertai UMNO dan bertanding buat kali pertama dalam pilihan raya umum pada 1969 dengan memenangi kerusi Parlimen Tanah Merah.

Beliau pernah memegang jawatan menteri Kabinet sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1978 dan kekal dalam jawatan itu sehingga PAS menewaskan UMNO untuk membentuk kerajaan negeri baru pada 1990.

Allahyarham yang dilahirkan di Palekbang, Tumpat, itu juga pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada 1996.

Sebelum itu, Allahyarham pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kerajaan termasuk sebagai setiausaha sulit kepada Almarhum Sultan Kelantan, majistret, timbalan pendakwa raya dan Penasihat Undang-undang di Terengganu dan Johor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.