saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/09/2009

Malaysia negara ketiga di dunia rai Hari Radio

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Malaysia menjadi negara ketiga di dunia selepas Rusia dan Belanda yang akan mengadakan Hari Radio Malaysia bagi meraikan stesen radio bermula tahun ini.

Presiden Radio Perdagangan Malaysia (CRM), Datuk Borhanuddin Osman berkata, tarikh 9 September telah dipilih sebagai Hari Radio Malaysia yang akan diadakan buat pertama kali di negara ini.

Katanya, pemilihan tarikh tersebut adalah disebabkan ia merupakan satu tarikh yang menarik dan istimewa untuk tahun ini.

‘‘Sempena Hari Radio Malaysia itu, 19 stesen radio swasta dan 34 stesen radio di bawah RTM akan mengambil bahagian dalam meraikan hari tersebut pada setiap tahun.

‘‘Walaupun radio menghadapi persaingan dengan teknologi lain seperti Internet dan iPod, radio masih hidup dan terus disokong oleh peminat setia yang mendengar radio,’’ katanya ketika melancarkan Hari Radio Malaysia di The Curve, Mutiara Damansara di sini hari ini.

Hadir sama ialah para penyampai radio dari semua stesen radio komersial Farah Fauzana, Faizal Ismail dan Seelan Paul.

Menurut Borhanuddin, pelbagai acara akan diadakan untuk memeriahkan program sambutan Hari Radio Malaysia.

‘‘Kami akan mengadakan konvoi esok bermula di Sri Pentas dan akan melalui beberapa jalan utama sekitar Kuala Lumpur hingga ke Putrajaya,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.