saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 09/09/2009

Samoa tukar laluan memandu sebelah kiri

APIA, Samoa 8 Sept. - Siren dibunyikan di Samoa awal semalam sebagai isyarat kepada pemandu untuk mula memandu di sebelah kiri jalan, apabila pulau di Lautan Pasifik ini menjadi negara pertama yang menukar laluan memandu sejak 1970-an.

Belum ada laporan awal diterima mengenai kemalangan dan pemandu mematuhi had laju yang dikurangkan sambil disaksikan oleh penduduk yang berbaris di tepi jalan untuk menyaksikan perubahan bersejarah beralih daripada pemanduan di sebelah kanan kepada sebelah kiri.

Sejurus sebelum pukul 6 pagi semalam (1 pagi ini waktu Malaysia), stesen-stesen radio menyiarkan arahan supaya pemandu di negara yang mempunyai 180,000 penduduk ini memberhentikan kenderaan masing-masing di tepi jalan.

Perdana Menteri, Tuilaepa Sailele Malielegaoi memberi arahan menerusi radio supaya pemandu mengalihkan kereta mereka ke sebelah kiri jalan.

"Selepas pengumuman ini, anda semua dibenarkan beralih ke sebelah kiri jalan untuk memulakan era baru dalam sejarah negara kita," kata Tuilaepa.

Beliau turut mengingatkan pemandu supaya jangan memandu 'jika anda mengantuk, mabuk atau baru sahaja bergaduh dengan isteri'.

Siren kenderaan perkhidmatan kecemasan menandakan lampu hijau untuk pemandu Samoa mula memandu di sebelah kiri.

Pemandu turut membunyikan hon mereka dan orang ramai bertepuk sorak apabila lalu lintas mula bergerak semula.

Pekerja bertungkus-lumus sepanjang malam untuk menyiapkan kerja mengecat anak panah di jalan di kawasan bandar bagi mengingatkan pemandu supaya memandu di laluan yang betul.

Tuilaepa berkata, pertukaran tersebut dilakukan supaya selaras dengan amalan di Australia dan New Zealand bagi membolehkan kira-kira 170,000 rakyat Samoa yang tinggal di dua negara berjiran itu menghantar balik kereta terpakai kepada ahli keluarga mereka di sini.

Kereta akan menjadi lebih murah dengan sebab langkah itu dan lebih banyak penduduk di luar bandar akan mampu membeli kenderaan untuk membantu membangunkan tanah mereka, hujah Perdana Menteri.

Penentang peralihan itu, termasuk People Against Switching Sides (PASS), bagaimanapun berkata, rakyat Samoa kurang bersedia untuk menghadapi perubahan itu dan kerja menaikkan taraf jalan yang perlu dijalankan tidak dibuat.

Perubahan itu ditentang keras sejak ia diumumkan pada 2007, dengan kira-kira 18,000 penduduk keluar memprotes di Apia pada April tahun lepas.

Namun, kebanyakan tentangan beransur-ansur reda akhir bulan lalu selepas Mahkamah Agung menolak tindakan PASS mencabar pertukaran itu di mahkamah. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.