saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 10/09/2009

Usaha gigih Zhi Liang berbaloi

KUALA LUMPUR - Atlet paralimpik, Koh Zhi Liang mendahului dalam jumlah pungutan insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) Majlis Sukan Negara (MSN), hasil kejayaan cemerlang pada Sukan Para ASEAN V (KL'09), Ogos lalu.

Zhi Liang berjaya merangkul empat pingat emas menerusi acara berpasukan lelaki, beregu, beregu campuran dan perseorangan.

Hasil kejayaannya itu, Zhi Ling menerima imbuhan berjumlah RM12,812 daripada MSN.

Kejayaan Zhi Ling itu diikuti atlet olahraga, Mohd. Fazli Fauzil dan Choo Min Wang daripada sukan catur dengan masing-masing menerima ganjaran berjumlah RM10,624 dan RM 9,583.

''Saya terharu dengan insentif yang diberikan oleh kerajaan atas hasil usaha saya menaikkan nama negara. Saya bercadang menggunakan duit yang diterima ini untuk pelajaran saya.

''Pemberian insentif ini menyuntik semangat saya untuk terus mempamerkan aksi yang cemerlang dan saya sangat berterima kasih kepada pihak MSN yang telah berusaha untuk membangunkan sukan khususnya yang melibatkan atlet kurang upaya di negara ini," kata anak muda dari Melaka itu.

Semua atlet yang berjaya dalam sukan masing-masing menerima imbuhan mereka daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada majlis meraikan atlet-atlet Paralimpik yang berjaya merangkul pingat emas pada KL'09 di Majlis Sukan Negara, semalam.

Sementara itu, bagi Mohd. Fazli, dia amat bersyukur dengan sumbangan tersebut.

''Jika dilihat pada usaha saya, masih terlalu sedikit yang saya berikan buat negara. Tetapi ia menjadi permulaan terbaik buat saya untuk terus berusaha demi melakar kejayaan yang membanggakan.

''Saya juga melihat insentif ini sebagai pembakar semangat untuk atlet-atlet yang lain untuk berjuang mengharumkan nama negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.