saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 11/09/2009

Mazlan buka Lanz Recipe


Chef Mazlan Hassim dengan sebahagian kek tiramisu yang disediakan di kedai kek Chef Lanz Recipe di Pasir Pekan , Wakaf Bharu, Tumpat.


TUMPAT 10 Sept. - Chef Mazlan Hassim, 39, dari Wakaf Bharu di sini mungkin seumpama seluang melaut yang akhirnya kembali ke pantai.

Dia merantau jauh mengutip pengalaman demi pengalaman yang menarik dan mencabar untuk dijadikan bekalan meneruskan kehidupan hari depan.

Mazlan kini membuka lembaran hidup baru yang mungkin lebih mencabar apabila ia mula berdikari dengan membuka perniagaan sendiri.

''Dengan bekerja sebagai chef di atas kapal, saya telah sempat berada lebih 30 buah negara termasuk Australia, New Zealand, Hong Kong, China, Korea, Jepun, Indonesia, Peranchis, Itali dan Amerika Syarikat," ujarnya.

Ia menyajikan pengalaman yang berharga buatnya apatah lagi kerap pula bekerja dalam suasana tertekan, menuntut sepenuh komitmen, tanpa sesekali mengabaikan kualiti.

Setelah lebih 10 tahun berkhidmat dalam sebuah kapal pesiaran mewah yang menjelajah ke pelbagai negara, Mazlan percaya sudah sampai masanya untuk pulang mencari rezeki dengan bertapak di negara sendiri.

Justeru hasil perbincangan bersama rakan kongsi, Mohd. Asseri Abdullah Azza, awal tahun ini, beliau berjaya menubuhkan sebuah kedai kek dengan modal awal berjumlah RM150,000.

Kedai Kek Chef Lanz Recipe yang mampu menyediakan lebih 100 jenis kek bertempat di Bandar Baru, Pasir Pekan di sini dibuka secara rasmi oleh Pengarah Mara Negeri Kelantan, Abdul Rahim Taha baru-baru ini.

Buat permulaan, Chef Lanz Recipe menyediakan kek keju, kek keju klasik, kek oren, kek kopi Costa Rica dan pelbagai jenis puding yang dijual antara RM15 untuk 300 gram dan RM85 sekilogram.

Keistimewaan tersendiri Mazlan ialah kemampuannya menyediakan kek tiramisu tanpa menggunakan alkohol melalui pengalaman yang diperoleh tatkala bergaul dengan chef pastri dari seluruh dunia.

Perniagaannya kian berkembang, apatah lagi menjelang musim perayaan, beliau terima banyak tempahan. Menariknya, pihaknya juga turut menawarkan khidmat menghantar kek ke rumah pelanggan.

Menyentuh mengenai masa lalunya, Mazlan yang berasal dari Langkawi menceritakan, sebaik menamatkan persekolahan beliau mendapatkan pengalaman dengan bekerja di hotel di pulau tersebut.

Bagaimanapun, beliau seterusnya berhijrah ke Kuala Lumpur dan mendaftarkan diri di Pusat Daya Pengeluaran Negara untuk mendapatkan diploma dalam bidang pastri.

Selama dua tahun di pusat berkenaan, beliau juga bertemu jodoh dengan gadis Kelantan, Wan Norlida Wan Ibrahim dan kini mempunyai dua orang anak.

Menurutnya, kemahirannya dalam pastri itu membolehkannya bekerja di Genting Highlands selama kira-kira 10 tahun, sebelum melebarkan langkah dengan menyertai Kapal Mewah Star Cruise selama kira-kira 10 tahun.

''Penyertaan dalam pelayaran ke serata dunia itu mendedahkan dengan pelbagai pengalaman. Di setiap pelabuhan yang disinggahi, mereka diperlukan menukarkan pelbagai jenis resipi masakan di hotel-hotel terlibat.

''Semasa bertukar-tukar kemahiran itu, chef tuan rumah akan mengajar masakan tempatan.

''Saya menggemari majlis itu kerana diajar secara bersungguh-sungguh bagi memastikan saya membuatnya sebagaimana kemahiran warga asing," katanya.

Pengalaman paling berkesan katanya, apabila beliau dimarahi Chef Jerman yang ingin mengetahui sama ada beliau sanggup menerima tekanan yang diberikan.

Begitu juga di Korea, beliau menghabiskan masa untuk memahami prosedur masakan mereka selama berminggu.

''Usaha itu kini benar-benar berkesan dan membentuk peribadi untuk melibatkan diri dalam kerjaya masakan ini," katanya.

Justeru dalam cubaan mempromosikan keknya di Pasar Tani Wakaf Che Yeh awal Februari lalu, beliau mendapat sambutan menggalakkan dan seterusnya membuka laluan kepadanya untuk membuka kedai tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.