saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 12/09/2009

Mohd. Isa calon tunggal

SEREMBAN 11 Sept. - Semua 33 Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Teluk Kemang sebulat suara menamakan ketuanya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat UMNO bahagian malam tadi.

Dalam mesyuarat berasingan, 12 Ketua UMNO cawangan, 12 Ketua MIC cawangan dan empat Ketua MCA cawangan dalam kawasan DUN Bagan Pinang turut menyatakan sokongan kepada Mohd. Isa sebagai calon.

Antara yang hadir dalam mesyuarat UMNO Bahagian Teluk Kemang itu ialah timbalan ketuanya, Datuk Ismail Taib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Ismail Taib serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi. Ketua Pemudanya, Mohd. Faizal Ramli yang dihubungi mengesahkan keputusan sebulat suara yang dicapai UMNO bahagian itu semalam.

Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO pusat menjelaskan, keputusan itu dibuat kerana kesemua AJK UMNO bahagian itu berpendapat Mohd. Isa adalah calon terbaik untuk memenangi kerusi DUN Bagan Pinang.

Tambahnya, tindakan itu bukan membelakangkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta senarai beberapa calon, sebaliknya atas kehendak semua pihak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.