saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 12/09/2009

Wang hangus, hajat menderma tidak sampai


CHE Jah Latif menunjukkan keadaan rumahnya yang musnah dalam kebakaran di Kampung Mak Mayong, Bachok, semalam.


BACHOK 11 Sept. - Hajat sepasang suami isteri untuk menderma wang yang dikumpulkan hasil bekerja sawah untuk membina menara masjid di Kampung Mak Mayong dekat sini tidak kesampaian apabila ia hangus terbakar malam tadi.

Wang sebanyak RM1,000 itu hangus terbakar bersama rumah pasangan tersebut pada pukul 9.30 malam tadi ketika umat Islam di kampung tersebut menunaikan solat sunat Tarawih di Masjid Taqwa yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Kejadian berlaku ketika Che Jah Latif, 73, sedang tidur di bilik utama rumah tersebut bersendirian selepas pulang dari masjid manakala suaminya, Ya Umar, 73, dan seorang cucunya masih berada di sana.

Che Jah ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini berkata, kebakaran berpunca dari sebatang lilin yang dipasang selepas rumahnya terputus bekalan elektrik.

"Bekalan elektrik terputus selepas waktu berbuka lagi, saya terpaksa gunakan lilin tetapi malangnya, api lilin tersebut menyambar pelapik yang diperbuat daripada plastik sebelum bekas tersebut jatuh ke atas kusyen kerusi.

"Kemudian ia menyambar pada kelambu dan rak pakaian, saya cuba untuk memadam tetapi gagal kerana api merebak terlalu cepat, saya kemudian berlari keluar meminta pertolongan dari orang ramai.

"Biarpun ramai yang datang membantu ketika itu, rumah saya tidak dapat diselamatkan kerana api marak terlalu cepat, mereka cuma dapat menyelamatkan rumah kakak saya disebelah yang turut disambar api," katanya.

Che Jah berkata, dia dan suaminya yang juga bendahari Masjid Taqwa amat terkilan hajat mereka untuk mendermakan hasil titik peluh yang dikumpul sejak sekian lama pada bulan Ramadan ini tidak kesampaian.

Katanya, wang tersebut adalah simpanan hasil titik peluh suaminya yang mengerjakan sawah padi berhampiran kampung berkenaan.

"Suami saya sudah lama mengumpul duit untuk didermakan bagi membantu menyiapkan projek pembinaan tersebut, tapi tidak kesampaian juga akhirnya," katanya.

Biarpun menerima kejadian itu sebagai takdir Allah, dia masih tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih kerana segala persiapan hari raya seperti beberapa pasang baju kurung, telekung serta baju Melayu musnah.

"Aidilfitri tahun ini mungkin tidak semeriah dulu, biasanya anak-anak dan cucu-cucu akan berkumpul di rumah ini tapi kali ini saya yang terpaksa ke rumah mereka," jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Che Malik Omar ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan seramai 23 orang anggota bomba dan dua jentera dari Balai Bomba Bachok dan Ketereh dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, kerugian yang dianggarkan adalah sebanyak RM130,000 yang membabitkan sebuah rumah dan sebahagian rumah lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.