saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 12/09/2009

MBI tolak permohonan Pas

IPOH 11 Sept. - Selepas sebulan membuat pertimbangan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini menolak permohonan Dewan Pemuda Pas negeri untuk menggunakan Stadium Perak bagi perhimpunan mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Penolakan itu dinyatakan melalui surat ditandatangani Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim bertarikh 10 September 2008 yang turut difakskan ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam surat tersebut, Roshidi berkata, MBI membuat keputusan itu selepas meneliti dan memberi pertimbangan terhadap permohonan daripada Dewan Pemuda Pas negeri itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab-sebab penolakan itu.

Dewan Pemuda Pas melalui Setiausahanya, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss sebelum ini dua kali menghantar surat permohonan menggunakan stadium berkenaan iaitu pada 11 dan 19 Ogos lalu.

Mereka juga beberapa kali membuat kenyataan bagi mendesak supaya permohonan mereka dijawab MBI.

Penolong Setiausaha Dewan Pemuda Pas negeri, Safarizal Saleh sebelum ini memberi alasan kemarahan penyokong pembangkang mungkin dapat diredakan jika dibenarkan berhimpun meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Malah, beliau juga cuba memberi tekanan kepada MBI dengan mendakwa demokrasi sebenarnya tidak wujud di Perak sekiranya permohonan mereka ditolak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.