saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/09/2009

Lebih satu nama

PORT DICKSON 12 Sept. – UMNO Bahagian Teluk Kemang akan mengikut amalan biasa dengan menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga nama kepada pucuk pimpinan parti bagi memilih calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Ketuanya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, walaupun semua Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian itu sebulat suara menamakan beliau sebagai calon tunggal, adalah menjadi amalan parti untuk menyenaraikan lebih daripada satu nama.

‘‘Memang semua ahli jawatankuasa bahagian sudah sebulat suara memilih saya dan dua lagi nama juga akan kita senaraikan bagi menghormati amalan parti dan nasihat Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hari raya UMNO bahagian itu di Bagan Pinang di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua senarai nama itu sudah ada padanya dan akan dihantar minggu depan kepada pucuk pimpinan parti.

Ditanya apakah beliau selesa dengan kehendak semua ahli jawatankuasa bahagian berkenaan, Mohd. Isa menjelaskan, beliau sebenarnya tidak mahu menyebut soal calon kerana ia adalah keputusan pucuk pimpinan.

‘‘Memang begitulah amalannya, kita akan senaraikan lebih daripada satu nama dan kita akar akur,” jelas beliau.

Cuma kata beliau pada mesyuarat UMNO Bahagian Teluk Kemang yang lalu, mereka tidak menerima cadangan lain selain meletakkan beliau sebagai calon tunggal untuk bertanding pada pilihan raya kecil tersebut.

‘‘Kita perlu hormati apa yang disebut oleh Presiden dan Timbalan Presiden. Kita tidak boleh ketepikan amalan ini dan saya juga hormati keputusan yang dibuat oleh ahli jawatankuasa bahagian yang meletakkan saya sebagai calon tunggal,” jelas Mohd. Isa.

Mengenai gerak kerja Barisan Nasional (BN) di sini, Mohd. Isa menjelaskan kesemua cawangan UMNO, 12 cawangan MIC dan empat cawangan MCA telah menyatakan sokongan padu untuk memastikan parti BN mempertahankan kerusi di DUN Bagan Pinang.

Ditanya isu yang mula dimainkan oleh pembangkang di kawasan Bagan Pinang, beliau menjelaskan, itu memang kerja mereka untuk mencari apa sahaja perkara yang boleh dijadikan isu pada pilihan raya kecil nanti.

‘‘Kalau kita letak batang pinang sekali pun jadi calon, itu pun mereka akan siasat. Itu pun mereka akan kata ada skandal. Kalau calon mereka, semua ‘maksum’ dan ahli syurga. Orang lain semua jahat,” kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.