saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 14/09/2009

Cadangan perwakilan MIC ekoran kenyataan didakwa campur urusan dalaman MIC
'Kalung selipar' gambar Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Letakkan 'kalungan selipar' pada gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ekoran kenyataannya yang didakwa mencampuri urusan dalaman MIC.

Itu antara cadangan yang dikemukakan oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung MIC kerana mendakwa kenyataan Dr. Mahathir menjatuhkan maruah Presiden parti itu, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak mendapat sokongan daripada perwakilan lain.

Perkara yang sama juga dicadangkan terhadap Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, tetapi ia turut di bantah.

Perwakilan dari Ampang, M. Muniandy berkata, kesemua perwakilan yang membahaskan usul hari ini bagaimanapun sebulat suara mengecam dan menolak campur tangan bekas Perdana Menteri.

''Kami tidak berpuas hati dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang mendakwa Presiden MIC tidak pernah membuat apa-apa kepada masyarakat India di negara ini.

''Kami tidak akan terima apa-apa kenyataan yang boleh mengancam maruah Presiden parti. Kami tahu apakah peranan beliau serta komitmen beliau terhadap parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul-usul pada Perhimpunan Agung MIC Ke-63 yang dihadiri 1,464 perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Minggu lalu, Dr. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan di akhbar Makkal Osai bahawa Samy Vellu tidak pernah membuat apa-apa untuk kesejahteraan kaum India di negara ini.

Kata Muniandy, orang luar terutama ahli-ahli parti lain tidak ada hak mencampuri urusan MIC.

''MIC tidak perlukan nasihat atau tunjuk ajar daripada pihak lain. Kita ada seorang ketua (Samy Vellu) yang bijak untuk memimpin parti dengan cara yang baik.

''Jangan mencampuri urusan MIC lagi. Kami tahu apa yang kami buat. MIC tidak boleh dipisahkan selagi Presiden kami memimpinnya," katanya.

Malah Muniandy juga menyifatkan Samy Vellu sebagai 'pokok ara' dengan akar yang teguh dan tidak akan berganjak walaupun ditiup angin kencang.

Malah Samy Vellu juga disifatkan sebagai penyelamat dan pengawal masyarakat India di negara ini.

Katanya lagi, hanya MIC boleh membela nasib masyarakat India di negara ini, parti lain yang ditubuhkan untuk masyarakat India akan 'mati' tidak lama lagi.

''Masyarakat India di negara ini akan menjadi 'yatim piatu' jika MIC dihapuskan," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.