saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 19/09/2009

Pelajar perempuan mangsa baru H1N1

19/09/2009 12:37pm

KUALA LUMPUR 19 Sept. — Seorang pelajar perempuan berusia15 tahun merupakan mangsa terbaru jangkitan Influenza A(H1N1), menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 77 orang sehingga hari ini.

Pelajar itu yang tinggal di asrama sekolah, mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, meninggal dunia pada 11 September tetapi hanya dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

“Pelajar berkenaan yang juga dilaporkan menghidapi penyakit asma telah mendapatkan rawatan di hospital pada 7 September lepas akibat demam, batuk dan selesema selama sehari dan dirawat sebagai kes Penyakit Serupa Influenza (ILI) dan diberikan rawatan pesakit luar”, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Namun setelah didapati simptomnya tidak pulih, beliau berkata, pesakit berkenaan dibawa semula ke hospital empat hari kemudian iaitu pada 11 September dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)dan diberikan rawatan antiviral.

Bagaimanapun pesakit meninggal dunia enam jam selepas dimasukkan ke hospital dan kematian direkodkan sebagai radang paru-paru yang teruk dengan jangkitan H1N1 dan bakterial tambahan setelah kes disahkan ujian makmal pada 12 Sept lepas.-Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.