saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 23/09/2009

Wanita warga Malaysia ditahan

NEW DELHI 22 Sept. - Seorang wanita rakyat tempatan yang merupakan orang paling dikehendaki polis di sini kerana kegiatan antarabangsa perdagangan manusia ditangkap di Lapangan Terbang Kolkata malam Ahad.

Joyti Rana, 40, yang dipercayai dalang kegiatan perdagangan itu yang kebanyakan menyediakan remaja perempuan ke negara Asia Tenggara, ketika ditangkap dalam perjalanan ke Kolkata dari Malaysia melalui Bangkok dengan menaiki pesawat Air India Express.

''Sejak dua hingga tiga bulan lepas, dia ke Malaysia dua kali. Semasa ditangkap, dia datang ke Kolkata dari Malaysia. Terdapat notis untuk mengesan wanita ini yang dikeluarkan oleh polis Delhi dan kita tahan dia.

''Kita sedang siasat jika dia membekalkan tenaga buruh bawah 21 tahun dan mendagangkan perempuan. Polis Delhi akan ke sini Selasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

''Ketika ini, dia di bawah jagaan pihak kehakiman Kolkata dan perbicaraan terhadapnya pada 19 Oktober,'' menurut Superintendan Polis Daerah Parganas Utara-24 di Barat Bengal, Rahul Srivastav ketika dihubungi.

Wanita itu dengan rakannya, Nisha Sharma @ Meherunnisa, dari Delhi Barat ditahan kerana mengeluarkan pasport India palsu di lapangan terbang tersebut pada hari Ahad kira-kira pukul 9 malam.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Delhi Barat, Sharad Aggarwal memberitahu media bahawa polis menerima aduan daripada seorang lelaki pada awal bulan ini bahawa Rana mengenakan mangsa itu kira-kira RM10,000 untuk menghantar beliau ke Greece melalui Turki bagi mendapatkan pekerjaan.

Bagaimanapun apabila mangsa itu tiba di Malaysia, Rana meninggalkannya dan melarikan diri dengan wang tersebut.

"Kita hantar satu pasukan ke Nawada (negeri Bihar) dan kita diberitahu bahawa dia di Asia Tenggara,'' kata Aggarwal.

Akhbar Times of India melaporkan bahawa seorang pegawai jenayah kanan Delhi, berkata; ''Kita ada maklumat bahawa tertuduh mengeluarkan visa palsu untuk negara-negara seperti Turki dan Malaysia, dan dia telah menghantar 250 orang termasuk beberapa remaja ke beberapa negara.'' - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.