saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 24/09/2009

Bokova ketua baru UNESCO

SOFIA, Perancis 23 Sept. - Irina Bokova, bekas Menteri Luar Bulgaria dilantik sebagai Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) semalam, sekali gus muncul wanita pertama memegang jawatan tersebut selain satu-satunya ketua agensi berasal dari blok bekas Soviet.

Bokova memenangi jawatan tertinggi di agensi budaya PBB itu selepas persaingan yang diselubungi tuduhan anti-Semitik ke atas pesaingnya dari Mesir, iaitu Menteri Budaya, Faruq Hosni. Hosni tahun lalu berkata, dia akan membakar buku-buku Israel.

''Saya memberitahu delegasi Mesir yang saya berharap kami dapat bersama-sama dan saya tidak pernah percaya dengan pendapat tentang percanggahan peradaban,'' katanya kepada pemberita.

Perdana Menteri Bulgaria Boyko Borisov berkata, pelantikan Bokova disifatkan sebagai 'pengiktirafan besar' kepada negaranya.

Bokova melanjutkan pengajian di Moscow dan Amerika Syarikat (AS) sebelum bekerja sebagai diplomat. Wanita berusia 57 tahun itu pernah mewakili negaranya dalam lembaga eksekutif UNESCO sejak 2007 di samping menjadi duta ke Perancis dan Monaco.

Sebagai seorang pelajar yang mendapat keistimewaan - bapanya Georgi Bokov merupakan ketua editor akhbar parti Rabotnichesko Delo - Bokova pernah belajar di Institut Negara Moscow dalam bidang Hal Ehwal Antarabangsa.

Kemudian beliau diberikan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di Universiti Maryland di AS selain pernah mengikuti pembelajaran di Sekolah Kerajaan John F. Kennedy di Universiti Harvard.

Selepas bertugas di kementerian luar Bulgaria dan menamatkan misi PBB di New York, beliau dilantik sebagai anggota Perhimpunan Kebangsaan Perlembagaan dari tahun 1990 hingga 1991 setelah kejatuhan komunis.

Antara pencapaian beliau termasuklah membantu merangka perlembagaan baru negaranya dan juga berkhidmat sebagai Menteri Luar dari 1996 hingga 1997. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.