saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 24/09/2009

Berhari raya di Alor Setar, bandar raya sampah

ALOR Setar kini tidak seperti dulu. Saya yang jarang-jarang pulang dapat merasakan, ia kelihatan hambar. Bukan tujuan saya mahu membandingkan kerajaan dulu dan sekarang, tapi suasananya tidak seceria dulu. Orang Alor Setar pun berkata begitu.

Tanpa menjelaskan mengapa, mereka berkata, bandar raya itu kini hambar.

Dalam kemeriahan Aidilfitri sekarang, bandar raya itu dikunjungi oleh pelbagai golongan termasuk anak Kedah di perantauan yang menziarahi dari kawasan ke kawasan, dari taman ke taman, dari kampung ke kampung dalam daerah itu.

Sebelum ini, saya ada menerima berita-berita yang dihantar oleh wartawan Utusan Malaysia Kedah yang mengatakan bandar raya itu semakin kotor. Malah dalam satu analisis yang ditulis secara terus terang dan berani, mereka mengatakan Alor Setar kini sudah menjadi bandar raya sampah.

Pada masa itu, saya tidak dapat lagi bayangkan keadaan yang sebenar. Namun, kesempatan cuti raya hujung minggu lalu telah memberi gambaran betapa seriusnya keadaan bandar raya itu dengan sampah.

Kerajaan Pas yang bermotokan Membangun Bersama Islam itu gagal memperlihatkan ciri-ciri sebenar sebuah kerajaan Islam yang menitikberatkan kebersihan.

Sampah berlonggok merata-rata. Bau busuk sisa-sisa makanan, perut-perut ayam yang semakin mereput menusuk ke lubang hidung dan amat meloyakan. Suasana itu menyebabkan kunjungan beraya di rumah-rumah rakan taulan dan sanak saudara menjadi tidak selesa. Kita tidak selesa dan tuan rumah pun segan dengan kita.

Kita tidak pasti di mana silapnya sehinggakan pihak berkuasa tempatan gagal menangani masalah itu. Apakah mereka tidak cukup wang untuk menguruskan hal ehwal sampah ini? Apakah mereka tidak cukup orang untuk menguruskannya? Atau apa masalahnya?

Dengar kata, masalah itu berlaku kerana proses peralihan operasi angkut sampah yang akan diswastakan. Dengar kata juga pekerja kutip sampah boikot kerajaan negeri kerana mereka juga akan 'diswastakan'. Apa sekalipun, rakyat tidak mahu tahu semua itu. Apa yang mereka mahu tahu ialah sampah diangkat dan Alor Setar kembali indah seperti dulu.

Malah lebih mengharukan, ekoran masalah itu kerajaan Kedah kelmarin mengeluarkan arahan supaya sebarang aktiviti majlis rumah terbuka atau kenduri dimaklumkan terlebih dahulu kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi mengatasi masalah longgokan sampah dan sisa makanan.

Arahan itu dikeluarkan oleh Exco Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Kerja Raya dan Pertanian negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi. Beliau berkata, arahan itu bagi membolehkan MBAS menyediakan tong sampah bersesuaian.

Dan yang lucunya, tong sampah untuk majlis rumah terbuka itu bukannya percuma. Ia akan disewa pula dengan harga antara RM100 dan RM150 mengikut saiz tong sampah berkenaan.

Lebih melucukan, keputusan ''untuk idea yang bernas itu" diambil hasil mesyuarat antara kerajaan negeri dan MBAS di Alor Setar, pagi kelmarin.

Mesyuarat tergempar itu diadakan khusus ekoran aduan warga Alor Setar yang sudah tidak tertahan dengan masalah longgokan sampah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri ini yang mengganggu penduduk.

Masalah sampah ini sebenarnya bukan baru. Ia terjadi selepas kerajaan baru pimpinan Pas ini mula mengambil alih tahun lepas. Tindakan terhadap rungutan penduduk mengenai masalah itu terlalu perlahan untuk dilaksanakan.

Ini adalah pengakuan seorang penduduk di Taman Tengku Yaakob kepada saya:

''Sampah di rumah saya sudah tidak diangkat sejak sebelum raya lagi. Kami sudah gelisah dengan keadaan ini. Sampah bertimbun-timbun, bau pun busuk. Percayakah saudara, sampah-sampah di pasar Ramadan di hari terakhir juga tidak diambil dengan sempurna sehingga ke hari ini.''

Bukan di taman ini sahaja, Taman Saga lagi teruk, Taman Kastam, Taman Derga Jaya dekat Jalan Datuk Kumbar pun teruk - pendek kata seluruh bandar raya ini semuanya kotor bertimbun dengan sampah dan sisa makanan. Malah di pejabat kerajaan dan kompleks-kompleks membeli-belah pun sampah tidak terangkat sehingga berminggu-minggu.

Katanya, beliau hairan dengan keadaan yang berlaku. Semasa kerajaan dulu suasananya tidak begini teruk. Kontraktor sampah bekerja dengan pantas. Lari sana, lari sini untuk mengangkut sampah-sampah dari rumah ke rumah, kata penduduk itu lagi.

Pengakuan seorang lagi rakan saya dari Taman Derga Jaya: ''Sampah-sampah yang berlonggok sampai berulat. Saya sudah mengadu kepada majlis perbandaran, tapi sia-sia, kepada surat khabar pun sudah saya mengadu... semuanya sia-sia juga.''

Sekali lagi penduduk itu menyalahkan kerajaan sekarang. ''Kerajaan dulu tak macam ni,'' katanya.

Bukan sahaja sampah, rumput-rumput juga tidak dipotong. Nampaknya pengindahan Alor Setar tidak berlaku dengan lancar dan sempurna. Memang benar kata warganya, Alor Setar kini sudah terlalu hambar.

Kesimpulan saya ialah Alor Setar yang usianya lebih tua daripada usia demokrasi Amerika Syarikat kini sudah terlalu kotor.

Seorang penduduk Cina dari Taman Saga ada memberitahu seorang rakan, yang saya petik di sini: ''BN dulu teruk juga, tapi Pas memerintah lagi teruk.''

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:23
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.