saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/09/2009

Subsidi beras golongan miskin

BATU GAJAH 24 Sept. - Mulai 1 Disember ini kerajaan akan memberikan subsidi beras secara terus kepada golongan berpendapatan rendah melalui penggunaan sistem kupon.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, Kabinet secara dasarnya bersetuju dengan kaedah baru pemberian subsidi tersebut.

Katanya, bagi memastikan rakyat tidak menghadapi masalah apabila polisi baru itu dilaksanakan, kementerian akan menjalankan projek perintis sistem kupon pada November ini.

''Pada November ini, kita jangkakan sudah boleh beri kupon menerusi projek perintis untuk kita mendapat maklum balas, aduan dan apa sahaja yang mungkin tertinggal.

''Apabila sudah beri kupon, kita boleh teruskan dan menguatkuasakan sistem kupon mulai 1 Disember ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Gopeng di sini malam tadi.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan watikah pelantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Pembangunan Pertanian (MPP) peringkat Parlimen Gopeng.

Menurut Noh, beliau telah meminta ahli MPP di seluruh negara untuk mengenal pasti senarai golongan miskin dan miskin tegar untuk diberikan kupon supaya tidak ada yang tercicir.

Katanya lagi, senarai awal kementerian mendapati kira-kira 109,000 keluarga miskin dan miskin tegar layak menerima subsidi beras.

''Senarai nama yang ada akan diberi kepada MPP ikut kawasan masing-masing dan ahli MPP akan bermesyuarat untuk memastikan nama yang ada sudah cukup lengkap atau perlu ditambah.

''Apabila diperkenalkan sistem ini, kita juga minta MPP untuk memantau supaya kupon sampai kepada golongan sasar dan mana-mana pihak yang patut dapat, tetapi tertinggal namanya, boleh mengadu kepada MPP atau kementerian," katanya.

Mengulas lanjut, Noh berkata, menerusi sistem tersebut, kerajaan cuma membelanjakan RM10 juta sebulan dan tidak perlu membayar purata RM60 juta setiap bulan untuk membayar subsidi beras ST15 kepada pengilang.

Ujarnya, walaupun kerajaan membelanjakan RM60 juta sebulan, masih terdapat rungutan rakyat sukar mendapat beras ST15 kerana ia dijual di pasaran terbuka dan semua orang boleh membelinya.

''Kerajaan banyak belanja, tetapi rakyat tidak dapat faedah. Saya lihat jika laksana sistem ini, kerajaan cuma belanja RM10 juta sebulan dan boleh jimat RM50 juta sebulan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.