saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/09/2009

Bekas Menteri Besar Pahang meninggal dunia

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar meninggal dunia di kediamannya di Jalan U-Thant di sini pukul 7.10 petang dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham berusia 66 tahun.

Anak keduanya, Rosnita, 35, ketika ditemui Bernama di kediamannya berkata, bapanya sedang menunggu azan untuk berbuka puasa di meja makan apabila tiba-tiba didapati tidak lagi bernafas oleh ibunya, Datin Rosnah Kamaruddin.

Katanya, mereka segera menghubungi paramedik dari Pusat Perubatan Gleneagles Intan dan Abdul Rahim disahkan sudah meninggal dunia.

“Ayah tidak menunjukkan tanda-tanda pelik sebelum meninggal, bahkan setahu saya Allahyarham tidak menghidap sebarang penyakit tetapi berkemungkinan kematiannya akibat serangan jantung,” katanya.

Rosnita berkata, semua adik-beradiknya sempat menemui Allahyarham sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir kerana masih berada di rumah itu sempena Aidilfitri.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Kampung Pandan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas selepas solat Jumaat esok.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar ketika ditemui menyifatkan pemergian Abdul Rahim sebagai kehilangan besar dalam arena politik negara khususnya kepada UMNO.

Allahyarham selaku Yang Dipertua Angkasa.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak iaitu Roslina, 37, Rosnita, Mohd. Rizal, 32, dan Rosazreen, 25, serta empat cucu.

Abdul Rahim yang dilahirkan pada 7 Februari 1943 di Beserah, Kuantan memulakan karier politiknya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah setelah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada pilihan raya umum 1978.

Allahyarham, yang berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, menjadi Menteri Besar Pahang selama kira-kira tiga tahun bermula 19 Julai 1978 hingga 7 November 1981.

Beliau masih bergiat aktif dalam politik terutamanya UMNO walaupun selepas meletakkan jawatannya sebagai menteri besar, antaranya menjadi Anggota Parlimen Kuantan setelah memenangi kerusi Parlimen kawasan itu pada pilihan raya umum 1982.

Abdul Rahim pernah dipilih beberapa kali sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO mulai tahun 1980 tetapi gagal mempertahankan kedudukannya sebagai anggota MT pada pemilihan 1996.

Allahyarham pernah dilantik Timbalan Menteri Tenaga, Pos dan Telekomunikasi pada 1984 selama dua tahun selain menjadi Yang Dipertua Angkasa sejak Januari lepas.

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada 1982 dan Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1986, selain memegang jawatan dalam sektor swasta termasuk Pengerusi Shamelin Holding Sdn. Bhd. dan Koperasi Shamelin Berhad sejak 1991 sehingga kini.

– BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.