saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/09/2009

Harvard buat kajian pembaharuan berani Najib

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Harvard Business School di Boston akan melaksanakan satu kajian kes dengan tumpuan kepada inisiatif berani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani krisis kewangan.

Kajian kes berkenaan, yang akan digunakan sebagai subjek dalam kurikulum teras modul makroekonomi, akan memberi pendedahan mengenai bagaimana krisis itu merebak di peringkat antarabangsa.

Ia juga akan membincangkan mengenai bagaimana sebuah negara yang mempunyai asas yang kukuh dan peraturan yang baik boleh bertahan dengan krisis antarabangsa.

Malaysia berjaya mengukuhkan institusi kewangan, insurans dan perbankan berikutan krisis mata wang 1998, demikian menurut Kelab Alumni Harvard Business School Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

“Selain pembaharuan berani Najib, kajian Harvard itu juga akan memberi tumpuan kepada pelbagai pendekatan liberalisasi ekonomi, langkah yang diambil bagi menyediakan negara untuk Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan rundingan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),” kata presiden Alumni Tan Sri G. Gnanalingam.

“Harvard juga akan menumpukan kepada bagaimana negara meletakkan dirinya dalam perjanjian perdagangan bebas dengan negara-negara lain dan bagaimana zon ekonominya bersedia untuk tarikan pelaburan langsung asing,” katanya. – BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.