saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/09/2009

Gabungan Kontraktor Bumiputera Wibawa sokong Hassan

SHAH ALAM 25 Sept. - Gabungan Kontraktor Bumiputera Wibawa Malaysia menyokong saranan agar pendengaran awam oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Negeri Selangor dibuat secara tertutup.

Gabungan itu juga menyokong agar jawatankuasa Selcat dirombak seperti yang dicadangkan oleh Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohd. Said Mat Saman berkata, gabungan itu turut menyokong agar Selcat lebih bersikap terbuka, telus dan bersedia menerima teguran mahupun kritikan yang membina walaupun daripada musuh politiknya sendiri.

Menurutnya, pelbagai isu yang melanda kerajaan pimpinan pakatan pembangkang di Selangor kebelakangan ini telah menimbulkan tanda tanya di kalangan segenap lapisan rakyat.

"Terbaru, pendedahan tentang tindak-tanduk ahli-ahli jawatankuasa Selcat yang dikatakan membuli, menghina dan mengaibkan para pegawai kerajaan negeri termasuk pegawai daerah berkaitan beberapa isu.

"Kami ingin menyuarakan keprihatinan dan rasa tidak puas hati kami terhadap layanan yang diberikan oleh Selcat terhadap penjawat awam yang terbabit dengan isu berkenaan dan juga isu-isu berbangkit lain," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, penjawat awam adalah golongan yang berkecuali atau tidak menyebelahi mana-mana pihak dan hanya menjalankan tugas tanpa tanpa memilih bulu, latar belakang agama, keturunan mahupun status.

Tegasnya, penjawat awam telah menghulurkan sumbangan dan khidmat bakti yang cemerlang, setia dan tidak berbelah bahagi demi memajukan negeri Selangor dalam segenap bidang.

"Sehubungan itu, pihak gabungan ingin menegaskan bahawa kami menyokong penuh ketegasan dan pendirian Hassan yang membela penjawat awam yang kebanyakannya orang Melayu," katanya.

Mohd. Said turut mendesak agar semua penjawat awam khususnya yang beragama Islam, diberi layanan adil, saksama, tidak dihina dan dibuli sesuka hati atau diaibkan semata-mata untuk mencari penyelesaian terhadap kes-kes yang diadili oleh Selcat.

Katanya, gabungan itu turut menyokong agar jawatankuasa yang menganggotai Selcat dirombak semula dan dibarisi oleh ahli-ahli yang lebih berwibawa, tidak emosional dan tidak didasari oleh sesuatu agenda tersembunyi.

Beliau juga mengingatkan Selcat agar tidak lagi memperbodoh-bodohkan penjawat awam khususnya orang Melayu yang telah banyak berjasa sebagai kakitangan kerajaan yang telah berkorban setiap masa demi membawa kecemerlangan kepada kerajaan negeri, Pusat dan negara.

"Mereka tidak meminta jasa mereka dikenang oleh masyarakat namun dalam masa yang sama kita tidak seharusnya merendah-rendahkan martabat dan maruah mereka," tegas beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.