saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 26/09/2009

2.03 juta pelancong asing ke Malaysia


MENTERI Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen (dua dari kiri) turut mengayakan tarian ‘1Malaysia’ bersama penari dari kementeriannya selepas melancarkan logo pelancongan 1Malaysia di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Dr. Victor Wee (tiga dari kanan). - Bernama


KUALA LUMPUR 25 Sept. – Malaysia masih menjadi destinasi pelancongan utama di rantau Asia apabila 2.03 juta pelancong asing mengunjungi negara ini pada bulan lalu.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, catatan itu sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 10.4 peratus jika dibandingkan dalam tempoh yang sama tahun lalu iaitu seramai 1.8 juta pelancong.

Katanya, pelancong dari China masih menunjukkan minat terhadap Malaysia apabila kedatangan mereka meningkat sebanyak 14.8 peratus jika dibandingkan tahun lalu.

Menurutnya, pelancongan negara lain yang menunjukkan peningkatan pula ialah dari Australia (26.6 peratus), United Kingdom (16.5 peratus), Iran (47.9 peratus) dan Taiwan (30.4 peratus)

‘‘Bagaimanapun, Asia Barat khususnya Arab Saudi menunjukkan penurunan pelancong ke Malaysia yang masing-masing mencatatkan 32.9 peratus dan 41.8 peratus berikutan bulan Ramadan,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan logo 1Malaysia Kementerian Pelancongan seiring dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Tambah beliau, walaupun pengunjung ke Malaysia meningkat, sektor perhotelan pula menghadapi penurunan pelancong sebanyak tiga peratus jika dibandingkan dengan tahun lalu.

‘‘Ia adalah kerana kebanyakan pelancong lebih gemar tinggal di rumah kenalan berbanding di hotel,’’ katanya.

Sementara itu, beliau berkata, logo yang dipilih oleh kementeriannya mencerminkan perpaduan dan konsep 1Malaysia yang ditekankan oleh Perdana Menteri.

‘‘Hutan yang digambarkan dalam logo itu menjelaskan sektor eko-pelancongan negara ini. Malaysia mempunyai hutan yang berusia kira-kira 140 juta tahun.

‘‘Pantai dan pulau yang digambarkan dalam logo itu turut menceritakan bahawa pulau-pulau di negara ini sangat terkenal di seluruh dunia. Malaysia mempunyai kira-kira 170 pulau di seluruh negara,’’ katanya.

Katanya, Malaysia juga mempunyai lebih 500 jenis makanan warisan, tetapi kementeriannya memilih Sate di dalam logo tersebut kerana ia sangat terkenal di seluruh dunia.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.