saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 26/09/2009

Selcat perlu contohi prosiding siasatan PAC - PPIM

26/09/2009 2:45pm

KUALA LUMPUR 26 Sept — Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor(Selcat) perlu mencontohi cara prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri itu.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma’amor Osman berkata Selcat dan kerajaan negeri Selangor perlu memastikan tidak lagi berlaku sebarang penganiayaan mental dan fizikal terhadap mana-mana individu yang dipanggil memberi keterangan terhadap jawatankuasa itu.

“Selcat boleh menjadikan prosiding PAC yang ditubuhkan di peringkat Parlimen yang turut dianggotai wakil parti pembangkang sebagai contoh di mana sebelum ini belum kedengaran mana-mana pihak yang dipanggil memberi keterangan di hadapannya dibuli, diperbodohkan atau diaibkan.

“Ini kerana rakyat akan sentiasa menilai kecekapan, keberkesanan dan keprihatinan badan-badan dan ahli panel yang dilantik sama ada mencerminkan sebuah kerajaan yang adil, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan amanah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan Pegawai Daerah Klang Bakhtiar Hussin baru-baru ini yang menuduh Selcat menimbulkan drama politik dan memalukannya dalam siasatan mengenai salah guna peruntukan kerajaan negeri sebelum pilihan raya umum tahun lepas. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.