saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 26/09/2009

Akhbar Kosmo! cenderamata kenduri kahwin

KUALA TERENGGANU 25 Sept. - Lazimnya majlis kenduri kahwin diserikan dengan pemberian bunga telur kepada tetamu sebagai cenderahati tetapi berbeza pula pada majlis kenduri kahwin di rumah anak pasangan Ab. Ghani Mohd. Nor dan isteri, Hasmah Awang di Kampung Bukit di sini, semalam.

Para tetamu yang datang ke kenduri tersebut diberikan cenderamata senaskhah akhbar kompak Kosmo! sebagai pengganti bunga telur yang diagihkan sendiri oleh Mohd. Nor.

Tidak ketinggalan mengagihkan akhbar tersebut kepada tetamu ialah pasangan pengantin baru iaitu Masitah Ab. Ghani, 24, dan suaminya, Hasrizal Muhammad, 24.

Menurut Ab. Ghani, 63, inisiatif itu dilakukan bukan bertujuan mencari keunikan sebaliknya sebagai sumbangannya kepada Kumpulan Utusan setelah 33 tahun menjadi vendor syarikat akhbar itu.

"Saya menjadi vendor dengan syarikat Utusan Melayu sejak 33 tahun lalu dan tergerak hati saya untuk membalas jasa melalui pemberian akhbar ini," katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Masitah, anak kedua daripada tiga beradik adalah seorang akauntan di Putrajaya manakala Hasrizal yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan merupakan kakitangan di Jabatan Kehakiman, juga di Putrajaya.

Sebelum itu, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Tengku Tengah Zahrah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung di Kuala Ibai di sini pagi semalam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.