saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 27/09/2009

Menangani salah faham terhadap Islam

MASYARAKAT Islam di Amerika Syarikat mesti melaksanakan dua tindakan demi kepentingan masa depan mereka. Demikian dianjurkan oleh Paul Findley yang menjadi ahli Kongres AS selama 22 tahun.

Kedua-dua cadangan itu disebut dalam bukunya Silent No More: Confronting America’s False Images of Islam. Bagi beliau ialah harapan bahawa karyanya boleh membantu menghapuskan salah faham terhadap Islam dan ummahnya.

Pada muka depan buku tersebut disiarkan wajah sebilangan warga Amerika daripada pelbagai lapisan masyarakat, tidak semuanya beragama Islam yang mencabar pelbagai tanggapan salah dan tohmahan terhadap Islam. Menyertai mereka ialah tokoh-tokoh Islam, termasuk Muhammad Ali dan Ahmed Zuwail, ahli sains yang memenangi Hadiah Nobel pada tahun 2000 dalam bidang ilmu kimia.

Untuk menulis bukunya itu Findley menemui ramai pihak hingga “mata saya terdedah kepada suatu kebudayaan yang berlandaskan sikap hormat menghormati, maruah dan nilai-nilai kemanusiaan serta toleransi dan dorongan mencari pelbagai ilmu pengetahuan. Kesemuanya nilai-nilai itu berada dalam Islam.”

Beliau mendapati bahawa bilangan warga Islam di Amerika kini “lebih ramai daripada pengikut-pengikut agama Yahudi.” Dalam pada itu mereka yang Islam menghadapi pelbagai masalah dalam masyarakat Amerika yang majoriti rakyat beragama Kristian. Bilangan mereka kira-kira 6 juta pada tahun 2000. Lebih sejuta bermastautin di California.

Menurut laporan pada tahun 1993, 800 buah masjid wujud di Amerika dan bilangannya kemudian meningkat hingga 2,000. Findley menjelaskan bahawa orang-orang Islam yang pertama sekali tiba di Amerika ialah yang dirantai iaitu kulit hitam yang dijual menjadi hamba abdi mulai tahun 1530 di Afrika Barat. Mereka dijual kepada pedagang-pedagang kulit putih dan selanjutnya dibawa ke Brazil, kepulauan Carribean dan Amerika.

Peninju Muhammad Ali memeluk agama Islam pada tahun 1964. Ini diumumkan olehnya dalam satu sidang akhbar. Para wartawan kulit putih lalu mengajukan pertanyaan demi pertanyaan. Beliau segera menjawab, “Tidak semestinya saya menjadi manusia yang kau kehendaki.” Lalu beliau menggugurkan nama aslinya Cassius Clay. “Itu nama hamba abdi,” beliau memberitahu hadirin.

Menurut Findley lagi sebilangan warga African-American yang Kristian kembali memeluk agama Islam. Mereka ialah keturunan hamba abdi dari Afrika Barat dan masing-masing diberi nama lain oleh kulit putih yang memiliki mereka.

Selanjutnya dicatat antara tanggapan buruk mengenai Islam seperti disebarkan oleh Yossef Bodensky, bekas editor teknikal majalah Angkatan Udara Israel. Beliau antara lain menulis: “Keganasan Islam atas nama jihad sedang dilancarkan terhadap Amerika.”

Satu contoh ialah peristiwa pengeboman di bandar Oklahoma City pada 20 April 1995. Lantas pada mulanya warga Islam dituduh melakukannya. Hanya kemudian dipastikan bahawa yang melakukannya ialah seorang warga kulit putih bernama Timothy Mc Veigh.

Sebelum pendedahan itu sebuah masjid di bandar itu menjadi sasaran tembakan bertalu-talu. Di samping itu suatu keluarga Islam yang berasal dari Iraq dimaki hamun, dan rumah mereka dilempar batu.

Sebaliknya ialah peranan ikhlas Profesor John L. Esposito, pengarah Pusat Persefahaman Kristian – Islam di Universiti Georgetown, Washington. Beliau menganjurkan seminar pada peringkat antarabangsa. Antara buku tulisannya Islam, The Straight Path dan The Islamic Threat: Myth or Reality?

Findley juga mencatat pengalaman Malcolm X, seorang pejuang kulit hitam yang memeluk agama Islam dan menunaikan fardu haji. Dalam penerbangan pesawat menuju ke Mekah beliau menulis dalam buku catatannya: “Pesawat ini penuh dengan penumpang pelbagai warna kulit- putih, hitam, coklat, kuning yang biji mata mereka biru, coklat, hitam serta berambut putih, hitam, kemerahan. Kesemua bersaudara. Kesemuanya menyembah Tuhan yang esa.”

Setelah menunaikan haji, Malcolm X menulis: “Amerika perlu memahami agama Islam kerana ia satu-satunya agama yang mengenepikan masalah suku kaum. Saya tidak pernah melihat sebelum ini amalan persaudaraan oleh manusia pelbagai warna kulit.”

Antara yang berperanan di Amerika ialah Majlis Perhubungan Islam Amerika. (Council on American Islamic Relations - CAIR). Ia menjawab pelbagai kenyataan tidak sensitif mengenai Islam hingga berjaya menerima kenyataan maaf, antaranya dari Jay Leno, tokoh lawak televisyen Amerika. Juga dari lain-lain pihak termasuk ahli Kongres Amerika.

Dalam bidang politik pula pada tahun 2000 lebih 700 orang Islam bertanding bagi parti-parti Republikan dan Demokrat untuk dewan-dewan undangan negeri dan Kongres. Seramai 152 calon Islam menang kemudiannya.

Dari pengalaman menemui pelbagai pihak Findley akhirnya mengajukan dua cadangan kepada masyarakat Islam. Pertama, orang-orang Islam hendaklah secara terbuka memperkenalkan identiti mereka sebagai warga Islam dan berikhtiar menyampaikan kebenaran Islam kepada bukan Islam.

Kedua, orang Islam mestilah mempertahankan agama mereka secara tegas terhadap apa juga anggapan yang tidak benar atau mengelirukan. Setiap orang Islam berkewajipan mempertahankan agamanya dari apa juga salah faham yang berbangkit walau di mana juga ia berlaku atau puncanya, termasuk di negara-negara lain seperti Filipina, Indonesia dan Afghanistan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.