saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 28/09/2009

IPF rakan sejati BN - Tengku Adnan

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Parti Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF) adalah rakan sejati walaupun belum diterima sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kesetiaan dan keakraban yang terjalin antara BN dan IPF juga tidak pernah pudar walaupun kedua-dua parti itu berdepan dengan pelbagai cabaran semasa.

"Inilah semangat setiakawan yang menjadi amalan serta prinsip perjuangan yang didukung BN. Biarpun IPF bukan parti komponennya, ia tetap diterima sebagai rakan sejati BN.

"Kita saling faham memahami, saling bantu membantu bagaikan abang dan adik walaupun tidak berada di bawah satu bumbung," ujarnya pada majlis perasmian Perhimpunan Agung IPF Ke-17 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Abu Khamis.

Hadir sama ialah Presiden IPF, Puan Sri Jayashree Pandithan; Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng; Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan dan anak Presiden MIC, S. Vell Paari.

IPF yang merupakan parti serpihan MIC masih belum diterima sebagai komponen BN walaupun telah 20 tahun mengemukakan permohonan.

Tengku Adnan menegaskan, BN turut memperakui bahawa IPF adalah sebuah parti yang sama-sama memperjuangkan nasib kaum India di negara ini.

Beliau berkata, walaupun bukan semua perkara yang dibangkitkan IPF dapat diselesaikan, masyarakat India perlu bersyukur dengan usaha yang telah diambil.

"IPF selama ini telah banyak berjuang untuk menyuarakan dan memperbaiki masalah mahupun kelemahan yang dihadapi kaum India seperti juga parti orang India lain yang menjadi komponen BN.

"Walaupun bukan semua perkara yang dibawa IPF dapat diselesaikan sepenuhnya, kita perlu bersyukur dengan komitmen serta keikhlasan pucuk pimpinan kerajaan BN untuk membawa masyarakat India baik melalui IPF, MIC mahupun Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk bersama dalam arus pembangunan negara," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Tengku Adnan mengingatkan semua parti politik termasuk IPF supaya tidak lari daripada tanggungjawab untuk mempertahankan keamanan dan memacu negara ke arah yang lebih progresif sejajar dengan gagasan 1Malaysia.

Tegasnya, apa jua tindakan yang diambil parti politik janganlah sesekali memudaratkan negara.

"Mereka yang bertindak membelakangkan kepentingan negara dan melakukan onar demi agenda jahat adalah nyata seorang penderhaka atau petualang bangsa.

"Semua agama sama ada Islam, Hindu, Buddha dan Kristian tiada satu pun yang menerima penderhakaan kepada negara sendiri," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.