saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 28/09/2009

IPF masih berhasrat sertai BN

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF) sekali lagi akan membuat permohonan secara rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan parti itu sebagai komponen Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Puan Sri Jayashree Pandithan berkata, pihaknya berharap pucuk pimpinan BN akan mengambil kira permohonan parti itu secara serius bagi membantu mengembalikan keyakinan masyarakat India terhadap BN.

Menurut beliau, pihaknya akan menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri minggu depan dan mengemukakan beberapa tuntutan parti itu.

''Kami membuat permohonan yang sama sejak 20 tahun lalu, tetapi tidak mendapat maklum balas positif.

''Kami tidak akan patah semangat, malah akan sentiasa mencuba untuk menjadi parti komponen BN. Kami juga tidak akan menyertai parti lain termasuk MIC atau Makkal Sakthi untuk membela kebajikan masyarakat India di negara ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Agung IPF Ke-17 yang dirasmikan oleh Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Abu Khamis di sini hari ini.

Parti IPF ditubuhkan oleh Tan Sri M.G. Pandithan pada tahun 1990 selepas beliau menghadapi masalah dengan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Sebelum menubuhkan parti itu, Pandithan adalah Naib Presiden MIC selama sepenggal dan merupakan kawan karib Samy Vellu.

Tambah Jayashree lagi, IPF itu kini mempunyai kira-kira 300,000 penyokong tetapi kebanyakannya belum mendaftar untuk menjadi ahli parti.

''Kami akan mengenal pasti kesemua penyokong berkenaan dan memastikan mereka mendaftar sebagai ahli IPF,'' jelasnya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, IPF tidak pernah melucutkan keahlian mana-mana ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.

''Kami pernah menggantung keahlian 14 MT parti, itu pun hanya untuk tiga bulan sahaja.

''Tetapi, saya akan berjumpa mereka dalam masa terdekat ini serta menjemput mereka untuk memberikan sokongan penuh kepada IPF,'' jelasnya.

Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, hampir 20 tahun IPF telah bersama BN dan bekerja kuat dalam semua pilihan raya umum dan kecil walaupun dicaci oleh parti-parti pembangkang.

''Ada yang memanggil kami atau melabelkan kami sebagai 'gurkha' atau 'kuli' BN. Mereka mendakwa BN tidak akan menerima IPF sampai bila-bila pun.

''Bagaimanapun, kami tetap akan menunggu dengan penuh kesetiaan dan kesabaran,'' jelasnya.

Pada perhimpunan itu, sebanyak 14 usul dibentangkan dan kesemuanya mendapat sokongan kira-kira 1,000 perwakilan dari seluruh negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.