saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 29/09/2009

Bekas anggota keselamatan diberi tanah

IPOH 28 Sept. - Kerajaan negeri sedang mengenal pasti kawasan sesuai di negeri ini untuk diberikan kepada bekas anggota keselamatan yang belum memiliki lot tanah bagi membina rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air negeri, Datuk Ramly Zahari berkata, perkara itu telah diumumkan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang April lalu kerana kerajaan prihatin dengan nasib bekas anggota keselamatan.

''Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah meminta saya membuat susulan bagi mengenal pasti kawasan yang sesuai agar tindakan segera dapat dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mewakili Zambry merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Bekas Tentera di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani.

Mengulas lanjut, Ramly berkata, jika setiap 10 daerah besar yang ada di Perak memperuntukkan 20 hektar tanah untuk tujuan itu, beliau yakin kerajaan negeri dapat menyediakan kira-kira 7,500 lot tanah.

Mereka yang mendapat tawaran tanah lot tersebut, katanya, hanya akan dikenakan pembayaran minimum membabitkan upah ukur dan premium tanah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.