saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 29/09/2009

Tarikan Taman Rama-Rama


LAMAN landskap yang menjadi habitat 20 spesies rama-rama di Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka.


MELAKA 28 Sept. - Bagi penggemar rama-rama, kunjungan ke negeri ini tidak sempurna jika tidak melawat Taman Rama- Rama dan Reptilia Melaka yang terletak berdekatan dengan Plaza Tol Ayer Keroh.

Pelbagai spesies rama-rama yang terdapat di taman itu mampu memberi pengalaman indah kepada pengunjung terutama apabila dikelilingi beratus-ratus jenis rama-rama yang berwarna-warni.

Terletak di kawasan seluas kira-kira lima hektar, taman itu merupakan habitat semula jadi rama-rama sejak 17 tahun lalu dan akhirnya dijadikan sebagai Taman Rama-Rama dan Reptilia yang pertama dibina di negeri ini.

Pengasas taman itu, Wong Beng Foo mengambil langkah membuka taman itu sebagai tempat penggemar rama-rama melihat pelbagai spesies semula jadi yang terdapat di situ.

Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka dibuka pada 1 Februari 1991 dan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Pada mulanya ia dikenali sebagai Taman Rama-Rama memandangkan hanya terdapat spesies rama-rama di kawasan itu.

Bagaimanapun, sesuai dengan peredaran masa dan pertambahan pengunjung, pelbagai spesies reptilia turut dipamerkan sebagai tarikan tambahan di taman itu.

Melangkah masuk ke pintu gerbang taman ini, pengunjung pastinya terpegun apabila menyaksikan rama-rama pelbagai warna berterbangan bebas.

Lebih menarik, suasana nyaman di kawasan yang dipenuhi hutan hujan tropika itu sangat sesuai menjadi habitat lebih 20 spesies rama-rama di taman itu.

Antara spesies rama-rama yang menjadi tumpuan ialah Black and White Helen, The Malayan Birdwing dan Rajah Brooke's Birdwing.

Setelah puas melihat gelagat rama-rama berterbangan di sekeliling laman yang dipenuhi bunga-bungaan, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis reptilia seperti kala jengking dan ular, burung kasuari, harimau dan labi-labi.

Taman itu yang dilengkapi dengan segala kemudahan seperti tempat duduk dan penyaman udara untuk keselesaan pengunjung.

Kemudahan lain seperti tandas awam, kafetaria dan kedai cenderamata menceriakan kedatangan pengunjung di situ.

Eksekutif Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, Liyana Samat berkata, taman tersebut kini berwajah baru dan berjaya menarik ramai pengunjung.

''Antara tarikan utama kami adalah program close up with the animals di mana para pengunjung berpeluang mengabadikan gambar mereka bersama haiwan seperti iguana, ular dan burung kakak tua.

''Pihak kami sentiasa memastikan perkhidmatan yang terbaik bagi keselesaan pengunjung tidak kira dari dalam atau luar negara," ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya menawarkan pakej lawatan menerusi agensi pelancongan yang terdapat di Melaka dengan menjadi taman itu sebagai salah satu lokasi untuk dilawati.

Menurutnya, taman berkenaan dibuka setiap hari pada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Pengunjung tempatan dikenakan tiket berharga RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga 12 tahun.

Bagi pengunjung yang bukan pemegang MyKad dikenakan bayaran RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.