saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 30/09/2009

Apa nama? Apalah ada pada nama

APA Nama. Itu adalah nama bagi sebuah kapal layar milik Tun Dr. Mahathir yang sedang ditambat di marina di Langkawi.

Sedap nama itu. Ia dinamakan sebegitu kerana orang Utara seperti Tun sering menyebut "apa nama" jika beliau tercari-cari sesuatu perkataan ketika bercakap sambil berfikir atau semasa ayat tuturnya terputus.

Mengapa nama? Nama itu penting, walaupun tak ada nama. Seperti nama kapal itu, secara literal atau lurus, ia tiada nama. Tapi hakikatnya, itulah namanya - Apa Nama.

Namun, banyak pihak berkata apa ada pada nama. Ia bermaksud nama itu tidak penting. Siapa orang itu tidak penting. Itu pasallah satu ungkapan popular dalam pilihan raya "letak selipar Jepun pun boleh menang". Selipar Jepun disifatkan sebagai tiada bernilai, tidak penting dan orang yang bertanding itu tiada nama hebat, tapi boleh menang.

Jika dulu selipar Jepun memihak kepada calon BN. Letaklah di mana sekali pun, calon selipar Jepun itu akan menang. Itu cerita dulu. Sekarang susah nak cakap. Selipar Jepun bukan lagi memihak kepada BN. Sebaliknya ada orang berkata selipar Jepun itu kini beralih kepada pihak sebelah lagi. Mereka kini mempunyai advantage selipar Jepun. Letaklah si buta dari gua hantu sekalipun dia boleh menang.

Itu pasallah tukang gambar pun boleh menang sebagai wakil rakyat di Kelana Jaya. Dia itu hendak cakap bahasa Melayu pun tersasul, tapi menang besar dalam pilihan raya umum lalu. Selain dia, orang yang meringkuk dalam tahanan di Kamunting pun boleh menang besar. Tidak perlu pun bersusah payah berkempen, calon itu kini wakil rakyat di Kota Alam Shah dekat Klang, Selangor.

Faktor pemilihan calon dalam pilihan raya bagi BN sejak kebelakangan ini (terutama selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu) amat penting. Ia harus dibuat dengan teliti dan betul-betul. Dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir tempoh hari pun, nama calon BN kemudiannya telah jadi hal. Macam-macam hal yang dihadapi BN ekoran soal nama ini.

Itu pasal Muhyiddin Yassin semalam tidak mengumumkannya secara langsung nama calon tapi meminta penyokong atau rakyat di bawah rostrumnya menamakannya. "Siapa nama calon Bagan Pinang," jeritnya dan disambut oleh hadirin, Mohd. Isa!!.., siapa? Mohd. Isa!!.., siapa? Mohd. Isa!!! Tiga kali orang bawah pentas itu menjerit nama Mohd. Isa.

Maka, rasmilah Tan Sri Mohd. Isa Samad dilantik sebagai calon. Tidak pastilah mengapa Muhyiddin enggan menyebutnya, tapi ia mungkin gimik yang mahu dilakukannya.

Apa pun, Isa akan berentap dengan calon selipar Jepun yang akan diumumkan oleh pakatan pembangkang. Calon selipar Jepun itu dari Pas, Zulkefly Mohamad Omar berusia 45 tahun akan menentang Isa, 60.

Kita berharap pilihan raya kali ini akan memihak kepada calon 'popular' Isa untuk mempertahankan DUN Bagan Pinang (BP) dekat Port Dickson.

Perlu diingat Isa bukan sahaja akan bertarung dengan pencabarnya untuk mencuri hati pengundi, tapi beliau sedang diperhati oleh semua pihak di peringkat nasional. Yang pasti pelbagai perang saraf akan dilakukan oleh kedua-dua pihak untuk memenangkan calon masing-masing. Blog- blog propembangkang akan mula membuat analisis mengenai calon BN itu. Dan yang pasti analisis ini akan menjadi perbualan hangat di peringkat nasional.

Sebaliknya BN hanya akan memberi tumpuan kepada BP sahaja. Apa sekali pun BP mesti menang. Urusan lain akan diselesaikan kemudian. Nama Isa akan dijulang. Beliau disifatkan sebagai calon yang paling layak untuk dipertandingkan, walaupun soalan demi soalan ditanyai oleh wartawan adakah nama-nama lain dalam senarai pencalonan BN. Jawapannya, ada. Akhirnya Isa yang dipilih. Tahniah kepada beliau dan kita harap beliau akan menang besar pada 11 Oktober ini.

Tun Dr. Mahathir yang beberapa hari lalu disaran supaya menjadi penasihat kepada kerajaan dan UMNO belum lagi memberi reaksi nasihatnya kepada pemilihan Isa itu.

Beliau bunyinya tidak menyokong nama itu. Beliau ada alasannya yang tersendiri. Tapi kita pasti apabila wartawan bertanya beliau mengenai pemilihan Isa, beliau akan berkata:

"Apa nama? Apalah ada pada nama…"

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.