saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 30/09/2009

Relau sering putus bekalan air


PENDUDUK di Taman Relau Indah, Bandar Baharu menunjukkan keadaan Sungai Jejawi yang sebelum ini menjadi alternatif mendapatkan bekalan air bersih, tercemar akibat kegiatan kuari tanah, Kedah, baru-baru ini.


KULIM 29 Sept. - Lebih 600 penduduk sekitar Taman Relau Indah, Mukim Relau, Bandar Baharu dekat sini tidak mampu lagi menahan sabar apabila sering mengalami masalah gangguan bekalan air sejak beberapa bulan lalu.

Beberapa penduduk yang ditemui memberitahu, masalah bekalan air paip yang sering terputus di kawasan tersebut menjadi bertambah meruncing menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Menurut mereka, bekalan air menjadi kritikal kerana penggunaannya meningkat apabila suri rumah membuat persiapan juadah dan golongan perantau pulang berhari raya.

Lebih malang, penduduk mendakwa, Sungai Jejawi yang sebelum ini menjadi alternatif mendapatkan bekalan air di kalangan penduduk kini tidak boleh digunakan lagi akibat pencemaran teruk.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Relau, Abd. Razak Abd. Hamid berkata, masalah gangguan bekalan air dipercayai berlaku disebabkan oleh paip pecah yang sering berlaku di kawasan terbabit.

Katanya, setiap kali bekalan berkenaan terputus, aduan akan dibuat kepada pihak berkuasa untuk mengatasi masalah yang dihadapi penduduk.

"Namun apa yang dikesali ialah walaupun paip bocor dibaiki tetapi masalah yang sama akan berulang lagi," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.

Menurut Abd. Razak, sebelum ini, para penduduk terpaksa mendapatkan bekalan alternatif melalui air Sungai Jejawi.

"Namun sejak dua bulan lalu, sungai ini menjadi keruh akibat dicemari kelodak dan lumpur yang dihasilkan oleh kegiatan kuari tanah merah di bahagian Bukit Batu Putih yang terletak kira-kira 300 meter dari kawasan perumahan," dakwanya.

Katanya, keadaan tersebut menyebabkan penduduk kini berasa buntu kerana tidak mampu berbuat apa-apa.

Sementara itu, seorang penduduk, Abdul Jalil Md. Noor, 60, berkata, suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini sedikit terjejas akibat masalah gangguan bekalan air.

"Kami terpaksa menadah air dan simpan selama beberapa hari bagi menjamin tidak putus bekalan air untuk kegunaan harian," katanya.

Seorang lagi penduduk, Eklas Ibrahim, 43, berkata, pihaknya pernah membuat aduan kepada Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS); Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Bekalan Air (JBA) Kedah untuk membantu mengatasi masalah itu.

Bagaimanapun, katanya, hanya JAS yang datang meninjau masalah berkenaan tetapi tidak memberikan sebarang reaksi positif.

Dalam pada itu, JBA Kedah Selatan, Megat Ajib Abdul Hamid ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang berusaha mengatasi masalah yang dialami penduduk berkenaan.

Katanya, gangguan bekalan air yang berlaku di kawasan terbabit berpunca daripada tekanan rendah kerana kebanyakan kediaman penduduk berada di kawasan agak tinggi.

"Selain di kawasan Kampung Relau, beberapa lagi kawasan sekitar Bandar Baharu turut terjejas. Namun begitu, masalah ini dijangka dapat diatasi apabila Projek Loji Pembersihan Air Lubuk Buntar, Serdang yang bernilai RM60 juta siap penghujung tahun ini," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.