saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/10/2009

Amy dan Adalia dalam Gamat


AMY Mastura dan anaknya, Adalia dalam teater muzikal Gamat.


SEMBILAN tahun lalu, penyanyi, pelakon serta pengacara ini mula berkecimpung di pentas teater dengan membintangi muzikal kanak-kanak Siti Di Alam Fantasi.

Tatkala itu, biarpun masih baru, ramai yang memuji lakonannya serta dilihat cukup serasi dengan teater yang menampilkan ramai pelakon kanak-kanak.

Bertahun berlalu, namun, kelibatnya di gelanggang teater bagaikan bernoktah apabila tidak muncul dalam mana-mana pementasan teater yang lain.

Keadaan itu mencetuskan pelbagai tanda tanya dan tidak kurang ada yang membuat dakwaan bahawa empunya diri bernama Amy Mastura ini tidak serasi dengan jiwa teater.

Menafikan segala apa yang dilontarkan, Amy bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri mengapa dia membuat keputusan menyepi dari pentas teater.

Bukannya tidak menerima apa-apa tawaran, sebaliknya, masa membataskan pergerakan ibu kepada Adriana, 8, dan Adalia, 4, ini.

"Alhamdulillah ada banyak tawaran lain yang bukan sahaja daripada penggiat teater kanak-kanak.

''Sayang sekali, masa tidak mengizinkan,'' katanya ketika ditemui pada sesi latihan teater muzikal Gamat di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Teater muzikal Gamat merupakan pembabitan kedua Amy di gelanggang teater selepas Siti Di Alam Fantasi.

Memegang peranan selaku Ibu Gamat, menariknya, Amy tidak berlakon sendirian. Sebaliknya, kali ini dia akan berganding bahu dengan anak keduanya, Adalia yang turut menemaninya melakonkan watak Landak Laut.

Menurut Amy, penerimaannya untuk terlibat dalam Gamat ialah selepas melihat jadual nyanyian, lakonan dan tugas sebagai pengacara program Apa-Apa Aje di TV3 ada kelapangan.

''Ada masa terluang dan kebetulan memang saya sukakan teater kanak-kanak.

''Saya suka kepada teater yang berwarna-warni, dongeng dan angan-angan. Bukan menolak teater-teater lain tetapi kadang-kala, seperti yang saya katakan, masa tidak mengizinkan,'' jelasnya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Suratan Takdir.

Teater muzikal Gamat menampilkan Siti Rohayah Attan selaku penerbit manakala Zaifri Husin pula memegang teeraju sebagai pengarah.

Teater ini akan dipentaskan di Panggung Sari, IB bermula 4 hingga 12 Oktober ini.

Pementasan terbitan CTRA Production ini turut mendapat kerjasama Persatuan Penulis Wanita Malaysia, IB, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Kementerian Kesihatan Malaysia serta De'Media & Event Entertainment.

Ujar Amy, watak Ibu Gamat pada awalnya dipegang oleh Safura Ya'cob tetapi atas alasan tertentu, watak tersebut telah diberikan kepadanya.

''Sudah rezeki saya. Latihan pun sudah dimulakan awal Ramadan lagi. Ibu Gamat merupakan hidupan laut yang mempunyai kebolehan mengubat penyakit hidupan yang lain.

''Suatu hari, anaknya hilang dan daripada situlah bermulanya pengembaraan Ibu Gamat mencari anaknya,'' katanya berkongsi cerita mengenai karakter yang dipegangnya dalam teater Gamat.

Mengenai kemampuannya menjiwai lakonan selepas sembilan tahun meninggalkan pentas teater, Amy dalam nada positif berkata: ''Saya akan cuba melakukan sebaiknya.''

Impian yang tidak tercapai

Mengenali Amy, pasti ramai yang bersetuju bahawa artis ini merupakan artis yang bersih daripada gosip.

''Sudah memang tidak ada perkara yang hendak digosipkan pasal saya. Saya sendiri tak pandai nak mereka-reka gosip. Syukurlah.

''Gerun juga bila tengok ramai artis kena gosip. Kalau kena pada saya, mungkin saya pun tidak pandai untuk mengawalnya,'' kata Amy.

Dalam pada itu, Amy yang juga seorang pelakon berkata, ada satu impiannya yang tidak tercapai sepanjang bertahun-tahun bergelar anak seni.

''Dahulu, saya menyimpan cita-cita dan teringin hendak berlakon di bawah arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

''Tetapi, sehingga ke akhir hayatnya, saya tidak pernah dapat peluang itu. Saya adalah artis yang suka mencuba pelbagai bidang dan bukan hanya menyanyi sahaja,'' luah Amy mengenai impiannya yang tidak tidak kesampaian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.