saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 01/10/2009

Susilo seru rakyat pakai batik

JAKARTA 30 Sept. - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyeru seluruh rakyat negara ini supaya memakai baju batik pada Jumaat ini bagi meraikan kejayaan republik itu apabila batik disenaraikan sebagai Warisan Budaya Bernilai oleh organisasi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

UNESCO bakal berbuat demikian pada minggu ini setelah mengambil kira proses membuat batik yang rumit termasuk proses mencelup batik ke dalam larutan lilin dan proses mewarna.

"Saya menyeru semua warga Indonesia supaya memakai batik pada Jumaat ini,'' katanya seperti yang dipetik agensi berita Antara ketika beliau menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G-20) di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Menurut Presiden itu, Indonesia perlu menganjurkan 'parti batik' supaya dunia tahu bahawa seni tersebut berasal dari republik tersebut.

Media di sini turut menyiarkan laporan mengenai keputusan UNESCO itu, yang juga merupakan satu babak terbaru pertengkaran antara Indonesia dan Malaysia yang dikatakan 'mencuri' pelbagai benda termasuk batik, tarian dan lagu.

Ramai rakyat Indonesia berpendapat, penggunaan motif dan teknik batik di Malaysia diciplak daripada negaranya.

Bagaimanapun, pakar Persatuan Warisan Indonesia, Judi Achjadi berkata, pengiktirafan UNESCO terhadap batik Indonesia tidak bermakna Malaysia yang memiliki tradisi tersendiri dalam membuat batik, tidak mempunyai hak terhadap hasil seni itu, yang telah tersebar di seluruh Asia, Asia Barat dan Afrika.

"Kejayaan yang dicapai Indonesia ini tidak harus melibatkan Malaysia. Malaysia ada batik mereka sendiri dan ini tidak menghalang mereka daripada mempromosikan batik mereka,'' katanya.

Pakar budaya UNESCO, Masanori Nagaoka pula berkata, pengiktirafan untuk kain Indonesia itu tidak bermaksud negara lain tidak boleh menuntut hasil seni tersebut, tetapi Indonesia katanya sengaja mencari masalah dengan mengemukakan pencalonan.

Pertikaian antara kedua-dua negara itu timbul pada Ogos lalu apabila satu iklan salah telah melaporkan kononnya Malaysia menayangkan iklan pelancongan yang memaparkan tarian tradisional 'pendet' yang berasal dari pulau Bali.

Kemarahan penduduk Indonesia terhadap Malaysia ekoran iklan yang salah itu tersebar di republik ini, walaupun Malaysia tidak terlibat dan iklan itu sebenarnya merupakan promosi program untuk Saluran Discovery. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.