saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 01/10/2009

Susilo alu-alukan bantuan Malaysia untuk mangsa gempa

01/10/2009 5:04pm

JAKARTA 1 Okt — Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengalu-alukan sebarang bantuan segera daripada Malaysia dan negara lain dalam usaha membantu mangsa bencana gempa bumi di Sumatera Barat, petang semalam.

Beliau berharap dengan semangat kerjasama Asean dan negara sahabat, mereka boleh menghulurkan bantuan seberapa segera ke kawasan yang dilanda gempa itu.

“Usaha mengendalikan keadaan bencana itu tetap di tangan kita,” kata Susilo di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumah di sini, tengah hari ini sebaik pulang dari lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan mengadakan mesyuarat dengan para menterinya.

Memetik laporan detikcom, Susilo dilaporkan sebagai berkata Indonesia menghargai bantuan yang ditawarkan oleh negara-negara jiran walaupun keutamaan Indonesia mengerahkan tenaga dalam negara itu terlebih dahulu.

Katanya ketika kejadian gempa bumi 7.2 pada skala Richter di Jawa Barat bulan lalu, pemerintah Indonesia menolak bantuan asing kerana kekuatan gempa bumi tidak begitu berat dan meluas seperti yang terjadi di Padang iaitu 7.6 pada skala Richter.

Sementara itu, Panglima Tentera Nasional Indonesia Jeneral Joko Santoso pula berkata beberapa negara asing sudah menawarkan bantuan untuk menghantar anggota tentera mereka untuk membantu mengeluarkan ribuan mangsa yang dilaporkan masih tertimbus di bawah bangunan.

“Beberapa angkatan bersenjata negara sahabat menawarkan bantuan untuk proses evakuasi iaitu Malaysia, Australia, Singapura dan Amerika,” katanya.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.