saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/10/2009

Fahrin risau Scha tertekan


SCHA dan Fahrin kini bergandingan sebagai pengacara Sehati Berdansa musim ketiga.


UMUM sudah mengetahui kebenaran kisah cinta antara pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad dengan pelakon baru yang semakin meningkat naik, Scha Al Yahya.

Digandingkan menerusi iklan Celcom baru-baru ini, lakonan bersahaja kedua mereka ternyata cukup menarik perhatian ramai.

Mungkin dek kerana keserasian yang jelas kelihatan itulah membuka peluang kepada mereka untuk sekali lagi digandingkan.

Bezanya, kali ini mereka memikul tanggungjawab yang lebih besar iaitu sebagai pasangan pengacara program realiti berkonsepkan tarian, Sehati Berdansa musim ketiga yang bakal disiarkan di Astro Ria (saluran 104, Astro) tidak lama lagi.

Bersama-sama mereka, turut diberi tanggungjawab serupa ialah pelakon dan pengacara yang tidak asing lagi, Awal Ashaari.

Jika Fahrin dan Awal sudah begitu sinonim dengan rancangan itu sejak musim pertama lagi, kemampuan Scha pula tidak boleh diperkecilkan kerana sebelum ini dia juga berpengalaman dalam mengendalikan rancangan televisyen.

Enggan khalayak salah mentafsir, kalau boleh pinta Fahrin usahlah kisah cinta mereka diperkatakan sebagai penyebab utama pemilihan Scha sebagai pengacara menggantikan rakan setugasnya, Linda Onn.

Sebetulnya, sebaik Astro menyatakan hasrat untuk mengambil Scha sebagai pasangan pengacara, Fahrin sangat terkejut.

Semuanya kerana dia bimbang akan ada pihak yang mencetuskan spekulasi tidak berasas.

Pada masa sama, Fahrin gembira kerana tawaran yang diberikan kepada Scha sebagai tanda kerjaya rezeki teman rapatnya itu semakin cerah.

Justeru, Fahrin mengharapkan selepas ini tidak ada lagi sebarang kontroversi lagi yang dicetuskan antara mereka berdua.

"Gandingan ini mungkin kesinambungan daripada iklan Celcom yang kami lakonkan sebelum ini.

"Untuk musim ini, Celcom menjadi penaja untuk rancangan Sehati Berdansa mungkin itu sedikit mempengaruhi keputusan pemilihan," kata Fahrin yang juga ikon Prabayar Celcom Blue pada majlis memperkenalkan pengacara Sehati Berdansa baru-baru ini.

Fahrin sudah lali

Dilanda pelbagai kontroversi serta seringkali dikaitkan dengan bekas 'teman tapi mesra', Linda Onn kata Fahrin, semua itu sudah cukup membuatkan dia lali.

Enggan kekasih hatinya, Scha terguris hati, apa yang boleh dilakukan Fahrin ialah memberi nasihat, motivasi serta berbincang antara satu sama lain.

"Kalau ikutkan saya memang sudah lali tetapi yang saya kasihankan ialah Scha. Kenapa setelah saya jalinkan hubungan dengannya, orang masih nak kaitkan saya dengan Linda," luah Fahrin mengenai rasa kasihnya pada Scha.

Dari satu aspek, Fahrin gembira kerana Scha dari kaca matanya seorang yang 'kuat' dalam mengharungi gosip.

Scha juga jelas Fahrin, sangat memahami rencah kehidupan sebagai artis yang terdedah pada gosip.

"Cuma persoalannya, sejauh mana kekuatan dia (Scha) dalam menangani tekanan itu. Saya cuma cakap pada dia, kalau dia lihat sekarang dah cukup berat akan datang akan ada yang lebih berat lagi," kata Fahrin lagi.

Bagi Scha pula, bekerjasama dengan Fahrin tidak langsung mendatangkan masalah kepadanya kerana sebelum ini mereka sering bekerjasama.

Mengakui tidak banyak pengalaman, janji Scha, dia bakal menjadikan pengacara terdahulu, Linda Onn sebagai panduan untuknya mengendalikan rancangan itu.

Bersetuju bekerjasama dengan Fahrin bukan bermaksud ingin menjaja kisah cinta mereka.

Sebaliknya, si jelita Awan Dania ini menganggap ia peluang untuknya mengembangkan lagi kerjaya pengacaraan.

"Apapun yang bakal diperkatakansaya sudah bersedia sebaik mungkin dari segi mental. Senang bekerjasama dengan Fahrin sebab dia tidak lokek ilmu. Harap-harap semuanya berjalan lancar," ujar Scha dalam nada penuh optimis.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul pada majlis yang sama turut memperkenalkan Farah Sulaiman iaitu pengasas Sayang Academy of Dancing sebagai perunding tarian dan persembahan tarian untuk musim kali ini.

Seperti dua musim terdahulu, program ini akan memperlihatkan pasangan selebriti bertanding akan menari untuk membantu mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan yang terpilih.

Persembahan bakal diadili menerusi sistem pemarkahan 50 peratus juri dan 50 peratus undian penonton.

Seorang lagi tenaga penting Sehati Berdansa musim baru, Awal turut mempunyai aspirasi yang tinggi dalam rancangan ini.

Untuk musim ini, Awal diberi tugasan mengendalikan Memori Sehati Berdansa dan Kenali Sehati Berdansa.

Sebelum ini, Awal mengendalikan slot Di Sebalik Sehati Berdansa dan Detik Sehati Berdansa.

"Selain mengendalikan empat slot tersebut saya juga bakal mengendalikan Debaran Sehati Berdansa. Jadi, tanggungjawab saya lebih berat kali ini.

"Syukur kali ini saya ditarik ke hadapan untuk mengendalikan slot penyingkiran iaitu Debaran Sehati Berdansa. Memang saya impikan mengendalikan program yang besar seperti ini.

"Harap-harap saya mampu sampaikan mesej penting kepada penonton secara live dimana saya anggap ia sesuatu yang cukup menarik.

"Konsep dan cara saya kendalikan sebelum ini agak berlainan. Setelah tiga tahun, mungkin pihak Astro berasa senang bekerjasama dengan saya," katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.