saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 02/10/2009

PM utus ucapan takziah kepada Susilo, Arroyo

02/10/2009 6:41pm

KUALA LUMPUR 2 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengutuskan ucapan takziah kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo berikutan bencana alam yang melanda kedua-dua negara itu baru-baru ini sehingga mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda awam dan peribadi.

Dalam suratnya kepada Susilo, Najib menyatakan rasa amat sedih dan terharunya dengan kejadian gempa bumi yang melanda Padang, Sumatera Barat pada Rabu lepas.

“Dalam hal ini, saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia serta bagi pihak diri saya sendiri ingin mengucapkan takziah dan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.

Najib juga memberi jaminan kepada Susilo bahawa Malaysia sentiasa bersedia menghulurkan sebarang kerjasama dan bantuan sewajarnya kepada Indonesia sekiranya diperlukan.

Beliau juga berdoa kepada Allah S.W.T agar terus melindungi Indonesia dan rakyatnya selain berharap mereka akan terus tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan itu.

Sehingga kini, kira-kira 770 orang terkorban dan 295 parah akibat kejadian gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter yang melanda Padang. Sementara itu, dalam surat beliau kepada Arroyo, Najib berkata beliau berasa amat sedih dengan kejadian tragik taufan “Ondoy” yang mengakibatkan banjir besar di Metro Manila dan kawasan sekitarnya yang telah mengakibatkan kemusnahan.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menghulurkan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat Filipina terutama kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam bencana alam tragik ini.

“Pada waktu sukar ini, saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua rakyat Filipina,” katanya.

Setakat 30 Sept, kira-kira 83 orang terbunuh dan lebih 330,000 kehilangan tempat tinggal selepas berlakunya hujan teramat lebat dalam tempoh empat dekad yang menenggelamkan kawasan di ibu negara Filipina.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.