saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 03/10/2009

32 pegawai, kakitangan Selangor dikurnia tunai haji


Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan sumbangan cenderamatan kepada bakal jemaah haji pada Majlis Menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Bersama Bakal-bakal Haji 2009 di Istana Alam Shah, Klang, semalam.


KLANG 2 Okt. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengurniakan 32 individu yang terdiri daripada pegawai serta kakitangan kerajaan negeri menunaikan fardu haji pada tahun ini.

Kurniaan tersebut sebagai salah satu usaha baginda serta kerajaan negeri Selangor menghargai jasa serta sumbangan mereka terhadap agama Islam, negeri, masyarakat dan jabatan masing-masing.

Kesemua bakal jemaah haji berkenaan adalah penerima penajaan daripada enam institusi kerajaan negeri seperti Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Malah baginda sendiri turut berkenan menaja jemaah terlibat selain kaum kerabat serta orang besar negeri yang dibuat menerusi Tabung Dato'-Dato' dan Kerabat Diraja Negeri Selangor.

Majlis pengurniaan itu disempurnakan menerusi Majlis Menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Bersama Bakal-bakal Haji 2009 di Istana Alam Shah di sini.

Majlis itu turut dihadiri Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta beberapa Exco kerajaan negeri.

Turut hadir ialah Pengerusi MAIS, Datuk Seri Mohamad Adzib Mohd. Isa, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid.

Sebanyak 11 bakal jemaah haji menerima penajaan daripada MAIS, tujuh daripada MBPJ dan dua orang menerima penajaan daripada MPAJ.

Selain itu, lima orang bakal jemaah haji menerima penajaan LZS manakala tiga orang lagi masing-masing ditaja oleh Tabung Dato'-Dato' dan Kerabat Diraja Negeri Selangor dan empat orang lagi daripada Sultan Selangor sendiri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.