saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 03/10/2009

Manoharan dibebaskan sepenuhnya daripada ISA

03/10/2009 12:47pm

SHAH ALAM 3 Okt. — Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini berkata, Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M. Manoharan telah dibebaskan sepenuhnya daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh Kementerian Dalam Negeri.

Manoharan yang dibebaskan daripada tahanan ISA secara bersyarat pada 9 Mei tahun ini perlu melaporkan diri di Balai Polis Daerah Klang setiap Isnin mulai 8 pagi hingga 5 petang dan berkelakuan baik.

“YB Manoharan telah dibebaskan sepenuhnya oleh Kementerian Dalam Negeri,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai Manoharan yang pergi ke Tanzania untuk menghadiri Persidangan Persatuan Anggota Parlimen Komanwel (CPA)mulai 28 September hingga 6 Oktober.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepa merasmikan Pameran dan Seminar Pencegahan Jenayah di kampus utama Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Ketika ditanya sejak bilakah Manoharan dibebaskan sepenuhnya, beliau berkata: “Saya tidak pasti..saya dimaklumkan dia telah dibebaskan sepenuhnya.”

Sebelum ini, Manoharan dilaporkan telah mendapatkan kebenaran polis untuk menghadiri persidangan itu tetapi telah ditolak.

Khalid, sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, polis menolak permohonan Manoharan disebabkan beliau dibebaskan dengan bersyarat.

Persidangan CPA itu merupakan aturcara tahunan antarabangsa yang dihadiri oleh wakil Dewan Undangan negeri dari negara-negara Komanwel.-Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.