saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 03/10/2009

Tabung Gempa 1Malaysia Asia dilancar

03/10/2009 4:59pm

PORT DICKSON 3 Okt. Atas semangat keprihatinan terhadap penderitaan mangsa bencana alam khususnya mangsa gempa bumi di Sumatera Barat, stesen TV kerajaan RTM hari ini bekerjasama dengan badan bantuan kemanusiaan dan pembangunan antarabangsa Islamic Relief Malaysia (IRM) melancarkan Tabung Gempa 1Malaysia Untuk Asia.

Pelancaran tabung itu disempurnakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam satu majlis di Pusat Media, Jabatan Penerangan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bagan Pinang di Teluk Kemang di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Rais berkata, RTM menjalinkan kerjasama dengan IRM bagi tabung berkenaan kerana yakin dengan keupayaan badan itu dalam usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada pihak yang ditimpa malapetaka.

Dengan rangkaian 100 cawangan Islamic Relief di 40 buah negara di seluruh dunia, termasuk di Sumatera, komitmen badan itu dalam usaha berkenaan tidak dapat dipertikaikan lagi, katanya.

Beliau merayu rakyat Malaysia supaya menyumbang kepada tabung berkenaan secara cek atau tunai melalui akaun Maybank: 5621 4270 8704 atau akaun CIMB: 1259 0000 804 058 atau melayari laman web www.irm.org.my.-Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.