saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 05/10/2009

Rayuan dua bekas pengurus Tabung Haji dibenarkan

05/10/2009 2:50pm

PUTRAJAYA 5 Okt. Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan permohonan dua bekas pengurus kanan Tabung Haji untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun kerana menipu dan melakukan pecah amanah membabitkan wang Tabung Haji sebanyak RM200 juta lapan tahun lepas.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha juga membenarkan kedua-dua perayu itu supaya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM500,000 setiap seorang sementara menunggu rayuan mereka didengar di mahkamah itu.

Datuk Mohd Amin Sidek, 57 dan Datuk Mohammad Shafie, 58, telah menjalani hukuman penjara itu mulai 25 Ogos lepas setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan dan permohonan mereka untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan.

Dalam prosiding hari ini, Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin supaya wang jaminan terhadap Mohd Amin dan Mohammad dinaikkan daripada RM400,000 kepada RM1 juta setiap seorang.

Hakim Zaleha yang menolak permohonan itu berkata wang jaminan hanyalah bertujuan untuk memastikan kehadiran kedua-dua perayu ketika kes dibicarakan di mahkamah nanti.-Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.