saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/10/2009

Black 'tumbang' lembu


TAHUN ini Black menganjurkan majlis rumah terbuka paling besar dan meriah selepas bergelar juara Mentor 3 Julai lalu.


KEJAYAAN merangkul juara rancangan televisyen (TV) realiti, Mentor musim ketiga (Mentor 3) merupakan rezeki yang melimpah ruah buat Black apabila dia membawa pulang hadiah antaranya wang tunai berjumlah RM100,000.

Hadiah yang dimenanginya pada pertandingan akhir Mentor 3 Julai lalu itu ternyata bukan untuk dinikmati sendirian, sebaliknya ia turut dikongsi bersama dengan sanak saudara, jiran tetangga dan para peminatnya.

Pendekatan itu dapat dilihat apabila Black mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di padang berhampiran rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kerinci, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Hanifah Hanafiah ini misalnya, telah menjamu para hadirin dengan dua ekor lembu yang dijadikan menu mihun sup pada majlis yang diadakan dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang itu.

Menurut Black, majlis tersebut juga sebagai tanda kesyukuran dan penghargaannya terhadap semua pihak terutama para peminat yang banyak menyokongnya hingga bergelar juara pada pertandingan anjuran stesen TV3 itu.

"Sebenarnya, sebelum memenangi Mentor 3 lagi saya dan keluarga sudahpun bernazar akan mengadakan kenduri kesyukuran macam ini kalau saya jadi juara pertandingan itu. Ini mungkin masa yang sesuai saya tunaikan nazar itu.

"Saya puas kerana dapat mengadakan majlis rumah terbuka yang terbesar pernah saya adakan. Sebelum ini, keluarga saya memang pernah mengadakan rumah terbuka tetapi ia secara kecil-kecilan sahaja.

"Ia tidak seperti rumah terbuka ini yang dihadiri lebih 2,000 tetamu. Angka itu berdasarkan lebih 2,000 cawan plastik yang bapa saya beli untuk majlis ini. Secara keseluruhannya, saya mengeluarkan belanja RM5,000 untuk majlis ini," katanya kepada Hits.

Jejaka berusia 22 tahun ini juga berasa puas apabila dia bersama ibu bapa, adik beradik, sanak saudara dan jiran tetangganya bergotong royong memasak hidangan untuk majlis tersebut.

Selain mihun sup dan bubur kacang, Black yang menjadikan Mas Idayu sebagai mentornya dalam Mentor 3 turut tidak ketinggalan melayani sendiri para tetamu termasuklah para peminat yang datang untuk berhari raya dengannya.

"Mihun sup ini ayah saya yang masak dengan dibantu oleh banyak pihak termasuklah tiga adik-beradik serta sanak saudaranya yang datang dari Kupang, Baling, Kedah. Kebetulan ayah saya pula memang pandai masak mihun sup.

"Malah, ramai juga peminat saya dari Melaka dan Kedah yang datang ke majlis ini selepas mereka mendapat tahu daripada laman web Facebook baru-baru ini. Paling ramai tetamu datangnya dari penduduk rumah pangsa di sini.

"Ini kerana, saya sudah duduk di PPR ini hampir dua tahun di mana ramai orang di sini yang mengenali saya dan keluarga saya. Apatah lagi, bapa saya (Hanafiah Che Din, 56) berniaga ikan di sini. Jadi ramailah yang kenal kami," ujarnya.

Jelas Black, ramai penduduk di sekitar PPR Kerinci sudah mengenalinya sebelum dia menjuarai Mentor 3 lagi disebabkan sering menyertai pertandingan-pertandingan karaoke di situ.

Justeru, kata penyanyi berkulit hitam manis ini, apabila menyertai pertandingan Mentor 3, dia bukan setakat dikenali ramai tetapi sokongan yang diraih daripada masyarakat sekelilingnya juga tidak berbelah bahagi.

"Saya bukannya baru dalam bidang nyanyian di sekitar PPR Kerinci walaupun saya jarang memenangi pertandingan karaoke. Sebab itu apabila saya menyertai Mentor 3 ramai yang menyokong sampailah saya menang.

"Saya anggap kemenangan saya dalam Mentor 3 adalah kejayaan semua pihak yang telah menyokong saya selama ini terutamanya kedua ibu bapa saya. Kalau ada rezeki saya mahu membina sebuah rumah untuk bapa saya di kampungnya di Baling, Kedah," jelasnya.

Dalam pada itu, penyanyi yang bersuara lantang dan sesuai dengan lagu-lagu rock ini turut tidak melupakan jasa dan didikan mentornya iaitu penyanyi dangdut Mas Idayu sepanjang dia menyertai pertandingan TV realiti tersebut.

Tambah Black, terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang sukar dilupakannya ketika bertanding di mana namanya kini semakin mekar sebagai salah seorang penyanyi baru dalam persada seni suara tanah air.

"Kalau tidak kerana Mentor 3 saya mungkin tidak dikenali seperti hari ini. Sehingga kini saya masih menyimpan rotan yang digunakan Mas Idayu ketika membimbing saya dalam Mentor 3. Rotan itu pernah digunakan untuk merotan saya kalau saya melakukan kesilapan.

"Mas Idayu antaranya pantang kalau saya kata tidak boleh. Dia mahu saya mencuba sedaya upaya terlebih dahulu, misalnya menyanyikan apa sahaja lagu yang diberikan kepada saya. Saya akan membingkaikan rotan itu dan menggantungkannya di dinding sebagai kenang-kenangan," katanya lagi sambil ketawa kecil.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.