saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/10/2009

Kapal berusia akan diganti

BAGAN DATOH 9 Okt. - Kapal-kapal pengangkut yang berusia lebih 25 tahun akan diganti dengan kapal-kapal baru bagi menjamin keselamatan anggota bertugas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya berhasrat untuk menggantikan kapal-kapal tersebut dengan kapal sokongan pelbagai guna dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang.

Dalam masa sama katanya, satu kaedah terbaik perlu difikirkan untuk tujuan penggantian kapal-kapal terbabit agar tidak membebankan kerajaan.

"Kita perlu lihat dahulu kos untuk membaik pulih kapal-kapal lama ini, sekiranya tidak munasabah, kita akan beli kapal pengangkut baru.

"Kos untuk membaik pulih mungkin lebih daripada beli baru. Semasa kejadian kebakaran pertama pada 2002, kita membelanjakan kira-kira RM68 juta untuk proses baik pulih kapal tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Perak Selatan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, selain KD Sri Inderapura, antara kapal yang telah berusia hampir 40 tahun ialah KD Inderasakti.

Sementara itu, dalam ucapannya beliau berkata, kerajaan mewujudkan semula kompeni Askar Wataniah di setiap kawasan Parlimen bagi menambah bilangannya di seluruh negara.

Sehingga kini, kata Ahmad Zahid, 97 daripada 222 Parlimen dengan kekuatan 100 anggota di setiap kawasan telah dilancarkan penubuhannya.

Kata beliau, baki 125 kawasan Parlimen lagi akan dilancarkan secara berperingkat-peringkat sehingga penghujung 2011.

"Saya harap selepas ini TUDM juga akan bersama-sama merealisasikan penubuhan kompeni Askar Wataniah di setiap kawasan Parlimen.

"Penubuhan pasukan ini akan memberikan pendedahan kepada orang awam mengenai aktiviti, latihan dan tugas-tugas anggota tentera," katanya.

Kompeni Askar Wataniah kawasan Perak Selatan melibatkan Parlimen Kampar, Pasir Salak, Lumut, Teluk Intan dan Bagan Datoh.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.