saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/10/2009

Tunggu permohonan ganti kapal

PUTRAJAYA 9 Okt. - Kerajaan menyerahkan kepada Kementerian Pertahanan untuk membuat permohonan kepada Kabinet bagi menggantikan kapal pendarat, KD Sri Inderapura yang terbakar ketika berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui permohonan itu nanti kerajaan akan memutuskan tindakan selanjutnya.

"Saya serahkan kepada Kementerian Pertahanan untuk membuat permohonan kepada Kabinet, kemudian baru kita putuskan," ujarnya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengumumkan pemberian kontrak dan anugerah vendor terbaik oleh Goodrich Corporation kepada Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan bercadang membeli kapal pendarat baru bagi menggantikan KD Sri Inderapura yang terbakar teruk dan tidak boleh digunakan lagi.

Ahmad Zahid memberitahu, beliau telah menghubungi Najib mengenai cadangan berkenaan.

Siasatan awal mendapati kejadian kebakaran kapal pada pukul 6.23 pagi itu tiada kaitan dengan sebarang unsur sabotaj sebaliknya berpunca daripada litar pintas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.