saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 10/10/2009

Inderapura terbakar lagi




BAGAN DATOH 9 Okt. – Kapal pengangkut KD Sri Inderapura yang terbakar dan berjaya dipadamkan pada pukul 1.45 petang semalam, terbakar sekali lagi awal pagi ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebakaran kali kedua dalam tempoh kira-kira 24 jam itu disebabkan oleh bara api yang masih tertinggal.

Katanya, kapal berkenaan kemudian dialihkan ke limbungan berdekatan bagi membolehkan kerja-kerja memadamkan kebakaran sepenuhnya dilakukan.

Ditanya laporan penuh mengenai punca kebakaran kapal tersebut semalam, beliau berkata, ia hanya akan diketahui dalam masa sebulan lagi.

“Tempoh masa itu diambil kerana ia melibatkan laporan teknikal pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kimia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Perak Selatan, di sini hari ini.

Ahmad Zahid pada masa sama menafikan kebakaran yang berlaku itu adalah berpunca daripada faktor kecuaian kerana TLDM mementingkan langkah-langkah keselamatan.

“Kebakaran itu mungkin berpunca daripada litar pintas. Faham sahajalah, kapal ini sudah berusia hampir 40 tahun. Bila dah lama, macam-macam boleh berlaku.

“Saya yakin kebakaran ini bukan kerana kecuaian atau disabotaj mana-mana pihak. Saya percaya kepada disiplin anggota keselamatan. Mereka menjalankan pemeriksaan setiap bulan,” katanya.

Semalam, kapal pengangkut KD Sri Inderapura terbakar ketika berlabuh di Pangkalan TLDM di sini.

Kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 6 pagi ketika terdapat seramai 77 anggota sedang bertugas termasuk enam pegawai dan 22 pelatih.

Ia merupakan kejadian kedua selepas insiden pertama berlaku pada 2002.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.