saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 10/10/2009

Jumlah kematian gempa padang kini 803 orang

10/10/2009 4:53pm

JAKARTA 10 Okt. Jumlah mangsa yang mati dalam kejadian gempa bumi berkekuatan 7.9 skala Richter (SR) pada 30 September lalu meningkat menjadi 803 orang setakat tengah hari Sabtu ketika kaum keluarga masih berharap menemui jasad 241 orang lagi yang dilapor masih hilang.

Data Badan Penanganan Bencana Sumatera Barat setakat malam tadi menunjukkan 891 orang cedera parah dan 1,365 orang cedera ringan.

Lebih 133,000 rumah mengalami kerosakan teruk, runtuh atau hancur sepenuhnya dan lebih 110,000 yang lain mengalami pelbagai kerosakan.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) pula hari ini dilapor membuat pembetulan tahap gempa bumi daripada yang disebutkan pada mulanya berkekuatan 7.6 SR kepada 7.9 SR.

Hari ini, bekalan elektrik di Kota Padang mahupun Pariaman dilapor pulih hampir sepenuhnya termasuk lampu-lampu jalan manakala penjualan minyak juga kembali seperti biasa.

Hanya bekalan bekalan air bersih yang masih diperbaiki.-Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.